Selasa, 22 November 2011

UnIknya mEnjadI Rama-Rama...;P


Rama-rama...
Indahnya ciptaan ILLAHI  ini...
Ramai yang terpegun melihat kecantikanmu..
Kecantikanmu terletak pada warna dan corak sayapnya..
Engkau mengindahkan alam dan sempurnakan sekuntum bunga..
Tetapi..
kecantikanmu tidak akan kekal seandainya banyak tangan menyentuhmu...
Ini menyebabkan keindahan yang ada padamu telah hilang...

Rama-rama  Ibarat Wanita...
Wanita itu perhiasan dunia..
Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita s0lehah..
Indahnya wanita kerana air matanya jatuh dalam d0a..
Bukan di saat dia tersenyum bahagia...
Bukan kerana kata-kata terindah darinya..
Tetapi kerana bibirnya basah dengan berzikir...
Cantiknya bukan untuk mempesonakan kaum Adam..
Tetapi  bersujud kepada ALLAH..
Keelokan tubuhnya bukan untuk dipamerkan..
Tetapi aurat itu dijaga dengan sebaiknya..
Semoga muslimah itu..aku..kamu..dan kita semua..;D

Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah. Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita didunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari) 
doa Siti Aisyah selepas tahajjud iaitu selepas doa tahajjud biasa..

Ya Allah Ya Tuhanku
 "Cukuplah aku bersandar kepada Allah dan Agamaku.Cukuplah aku bersandar kepada Allah untuk keduniaanku. cukuplah aku bersandar kepada Allah untuk menghadapi apa saja yang menyusahkan aku. Cukuplah aku bersandar dengan Allah untuk menghadapi orang yang melakukan penganiayaan terhadap diriku. Cukuplah aku bersandar kepada Allah untuk menghadapi sesiapa saja yang hendak berbuat jahat kepadaku. Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali pertolongan Allah.

Ya Allah, sungguh aku ini lemah, kerana itu Ya Allah, kuatkanlah aku.Dan aku ini hina dina, kerana itu muliakanlah aku. Dan aku ini fakir, maka cukupkanlah aku, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...