Selasa, 11 Jun 2013

~ Pesanan Mr.Tweet!


Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
Dia memerhatikan kita

Assalamualaikum...apa khabar antum semua???

Cik Nur dah kembali!!! asifffffff...ana bzzzzz hal dunia...

Ingat ayat ni?

Kamu mencari kerehatan di dunia? sedangkan kerehatan itu ada di akhirat!!!

Cik Nur nak sampaikan pesanan Mr.Tweet...kasi 0tak bergegar sikit!

Jika kita tahu kita jahil,kenapa masih terkehel-kehel. Ayuh segera dan berlumba-lumba cari,amalkan & sebarkan ilmu. Aku dan kamu sama,kawan..

AURAT hanya tertutup dengan pemakaian sempurna seperti yang digariskan oleh Agama
bukan pereka fesyen ternama,Hawa

Sibuk mencari 'tulang rusuk kiri' sehingga lupa menghargai syurga di 'tapak kaki'?
TIPS KECANTIKAN HAWA NO.1 yang perlu diikut dan tak boleh dilangkau ke tips yang seterusnya sebelum dilakukan:JAGA AURAT SEBAIKNYA

Hawa,cantikmu bukan dari Nur 'make-up'mu tetapi dari Nur Allah ;)

Ibu adalah nafas kehidupan.Syurga sebelum syurga.Cahaya sebelum cahaya.Kasihnya ibu tidak akan mampu tergambar dek kata-kata.

Sejauh mana ketinggian peribadimu,itulah yang menentukan peribadinya kerana yang baik hanya untuk yang baik,begitulah sebaliknya.

Doakan agar kita semua ditemukan dengan pasangan hidup mati yang soleh/solehah
yang dapat membantu kita memanjat anak-anak tangga ke Jannah!

Rakan-rakan sejawatan,kadang-kadang ubat itu bukan ubat sebenarnya tetapi
dari kata-kata dan nasihat Agama.

Minimum 17x sehari kita baca "TUNJUKKANLAH KAMI KE JALAN YANG LURUS"
dalam 5 solat wajib.Allah tahu kita pelupa dan jalan sering 'menyimpang'.

Didiklah anak-anak dengan Agama yang meletakkan kalian (ibubapa) di tempat tertinggi selepas Allah & Rasul semestinya.Ajarkan mereka CINTA...

Adam,untuk jadi hebat,hubunganmu dengan Maha Hebat harus rapat.
Untuk rapat,tiada cara lain,jaga SOLAT.

Hawa,kamu sudah cukup cantik bila auratmu terjaga.Itu tips kecantikan pertama,
yang lain kau jangan terlalu percaya

'Kamu',sejak dari awal aku mahu 'kamu' tahu aku terlalu jauh dari sempurna.
Sempurna itu 1 destinasi yang takkan pernah terjejak oleh manusia.

Tiada yang sempurna.Aku & kamu penuh cacat cela.Yang sempurna hanya Dia,
maka jika orang tanya "Kau cari sempurna?",jawab "Ya.Aku cari Dia".

Simpan dulu peluru "I love you" untuk yang halal bagimu.Bila kau sudah biasa
gunakan peluru itu,saat kau tembak,tak tembus ke hatinya kelak.

Hawa,bangun,kutip hatimu.Bersihkannya dari segala kotoran pengharapan.
Adam saja yang pergi,bukan Ilahi.DIA masih & sentiasa ada sisi.

Mungkin hari ini kamu tangisi Adam penghuni hatimu itu pergi,tetapi percaya dan
yakinlah,jika dia yang tercipta untukmu,pasti dia akan kembali.

Hawa,aku rayu agar kau jagalah auratmu.Berhijablah kerana itulah perisaimu yang
sebenar dari segala perkara jahat yang berlaku di sekitar.

Hawa,sungguh,tiada barangan kosmetik atau pakaian berjenama yang dapat menyerlahkan kecantikanmu sehebat hijabmu.Jangan tertipu.

Aku secara peribadi,bila melihat Hawa yang benar-benar menjaga auratnya,segan memandang lama,ada aura ketenangan dalam rasa hormat padanya..

Hawa yang berhijab,tunjuklah contoh yang baik pada Hawa yang belum berhijab.Jauh di sudut hati,mereka mahu,cuma perlu di'pandu'.InshaaAllah.

Adam,jika mahu 'mencari',cari yang pandai menjaga diri. -Macamana nak tahu? Amalannya kita tak nampak,tetapi lihat pemakaiannya dulu.

Perancangan demi perancangan diatur dalam kehidupan tetapi jangan lupa untuk tanya Perancang segala perancangan sebagai panduan.

Orang kata,semuanya indah pada awalnya. Saat kau sudah tahu rentaknya,kau hanya 
terbuai sesaat dua kemudian kau 'terjaga'.

'Lari' dari rasa inginkan penghargaan manusia dan cari redhaNya. Jika kau tidak 'lari' dari
rasa itu,ia akan membunuh 'ikhlas'mu,kawanku.

Tak mengapa jika orang tak menghargai & buat endah tak endah dengan usaha baik kamu.
Allah tahu & Dia ambil kira semua,satu per satu..





M0ga bermanfaat...insha-Allah jumpa lagi...


Engkau Yang Mengaku Ditarbiyyah

Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,

Apakah erti tarbiyyah?
Andai tidak menyentuh hati untuk khusyuk
Andai tidak merangsang lidah untuk berkata yang baik
Andai tidak menggerakkan anggota untuk beramal.

Apakah erti tarbiyyah?
Jika mulut lantang berbicara
Tangan hebat mengangkat pena
Tetapi amalmu?
Entah ke mana.

Apakah erti tarbiyyah?
Jika niatmu serong
Sekadar berangan kosong
Allah bukan lagu ghayahmu.

Apakah erti tarbiyyah?
jika kamu saling mengecam
Antara satu sama lain?
sedangkan,
matlamat kita satu.

Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,
sampai bila mahu tidur dalam jaga?

Ingatlah sahabatku,
Syaitanirrojim itu,
Hebat mengatur langkahmu.
Menghias futurmu.
Disangkakan banyak amalanmu,
Dirasakan banyak sumbanganmu,
difirkan 'aku yang betul'
tapi sebenarnya
'tempang' di medan jihad?

Sedang ALLAH,
paling tahu apa yang engkau kerjakan.

Ayuhlah beristighfar,
Tatkala kita bangga mengatakan
Kita mengikut jalan tarbiyyah
Tapi zahirnya tidak mencerminkan apa pun!

Asaklah hati untuk lembut mengingati-Nya
Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak bermanfaat
Tangkaslah kaki dan tangan untuk maju bergerak.

Kerana,
kalau diri sendiri tidak mahu,
Datanglah seribu Murabbi Super Saiya sekalipun,
Engkau takkan mampu berubah
Selagi kau tidak mula berubah!



0leh: The Wayfarer :

c0py paste dari IKRAM SISWA UNIMAS

“Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah”

 [Moga Allah bersama dalam perjalanan kita seterusnya, insya Allah]

~ diriku tersentapppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sila ISTIQAMAH HATIIIIIIIIIIIII.........

0kei???

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...