Selasa, 25 September 2012

~ Sabar itu indah..


Sabar itu indah...senyumlah seindah sang suria menyinari alam ini...senyumlah selagi Allah bagi peluang untuk kita hidup...



HIDUP itu seperti TASBIH... Berawal dan berakhir dititik yang sama..Bukan tasbih jika satu butir. Bukan hidup jika hanya satu dimensi... (n_n)


 "Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis...."







Isnin, 24 September 2012

0hhh!!!

 0hhh!!!I f0und this...it really useful..it likes t0 remind me..;D
Cik Liza...please read this...maybe it is useful t0 us!
"sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status? "
S0, like y0u said t0 me when y0u read Hilal Aysraf's b00k...it makes y0u felt s0mething...s0 what? I means...0ur preparati0n to face it when the right time is c0ming is  m0re essential...s0, we sh0uld be g00d w0man! g00d luck t0 us!
 
s0..st0p searching f0r a prince...;D
Let leave it t0 ALLAH...;D
 

Sabtu, 22 September 2012

~ TeLepatHy..;D


Actually...what is a TELEPATHY? it likes sixth sense...I'm learn thIs fr0m s0me0ne...telepathy is fun!
either it true 0r n0t...let leave it t0 ALLAH because ALLAH is the best Planner! JazakiLLah..;D



I'm start t0 'crazy' 0f my w0rk...hahahaha...m0re 'crazy'...m0re 'fun'...;D

I kn0w that ALLAH is always with me...Syukran t0 ALLAH...

 Guide me all the way by Maher Zain...


I know that You could easily
Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me
Chorus:
Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way
I know that sometime I do
I do forget that my last breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
So my my last wish is for You to be pleased with me

~ please guide me all the way in my life...ALLAH is the best listener!

~ Fasa-fasa ujian dalam dunia kesementaraan ini semakin menghampiri diriku. 
M0ga diriku lebih tabah!

Jumaat, 21 September 2012

~ SURAH AL KAHFI



Salam JUMAAT yang penuh bar0kah...m0ga hari ini lebih baik daripada semalam. M0ga ALLAH sentiasa merahmati hidup anda semua..Surah ni merupakan surah ke 18 dan mengandungi 110 ayat. Memang panjang tapi ada ganjarannya kalau kita baca Al Quran...;D

Ini antara kelebihannya: 
~ “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, niscaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jum’at.” (HR Hakim 3349)
Sumber :
http://www.eramuslim.com/suara-langit/ringan-berbobot/cahaya-membaca-surah-alkahfi.htm

~ Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)

~ Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)
Sumber :
http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/06/surah-al-kahfi-by-sheikh-salah-bukhatir/

~Rasulullah saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?” Sahabat menjawab: Mau. Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya sampai Jum’at berikutnya dan ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)

~ Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
sumber :
http://hasanhusein.blogspot.com/2008/10/keutamaan-surat-al-kahfi-dan-fitnah.html

 Cik Nur minat lagu kumpulan nasyid Raihan ni. J0m kita hayati lirik lagu Ashabul Kahfi. Dapat ILMU ni pasal ASHABUL KAHFI...insya Allah...Jazakillah...(n_n)...
 
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan surga
Qitmir yang mulia

Teringat Cik Nur pesanan Dr.SamsIna...'tak rugi kita jadi baik dalam hidup ni' ...;D
~ Kalau 0rang buat kita 'sakit hati'...kita kena SABAR...UMI Cik Nur selalu pesan macam tu...tak guna nak dengki kepada 0rang lain sebab kita sendiri yang akan rasa tak tenang...M0ga hidup kita semua akan lebih bermakna selepas ini... 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berikan kemudahan (kepada orang lain) dan jangan menyusahkan mereka, berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu membuatkan mereka menjauhkan diri (daripada Islam)." [Hadith Riwayat Bukhari]

Khamis, 20 September 2012

My Bff dah bErtUnang!

Salam sejahtera untuk semua pembaca bl0g cik Nur. Hari ni Cik Nur nak cerita pasal bff dah bertunang!
Nama kawan Cik Nur ni Fazila. Dia masih belajar di UKM. Kami berkawan baik sejak f0rm 4 lagi sehingga sekarang hubungan kami tetap erat walau dia 's0r0k' pasal 'terjumpa' Mr.Right dia...tak patut! Rahsianya 'pecah' setelah dia menjemput Cik Nur ke majlis pertunangannya, iaitu pada hari terakhir bulan Syaaban.
Mula-mula Cik Nur tak percaya!!! Lepas tu, terus 'call' member rapat dia a.k.a sepupu Cik Nur yang belajar di situ...barulah Cik Nur percaya! Suka bagi 'surprise' kan! Yang 'sweet', hanya Cik Nur dan sepupu Cik Nur, Anis je yang dijemput khas...terbaik! Nampaknya, dia yang nikah dulu ye...untung la...

Cik Nur tak nak bertunang! b0leh tak???

 Bila masuk tahun akhir ni, bab-bab tunang...nikah...bf...selalu je ada! haishhh...macam tak ada t0pik lain!
Teringat masa cuti hari tu, tiba-tiba...Umi Cik Nur tanya...' dah ada gewe?'
Pelik Cik Nur bila tiba-tiba Umi tanya macam ni...macam ayat 'serius' tapi dengan selamba Cik Nur jawab macam jawab kepada s0alan cikgu-cikgu...'skandal' ada...hahaha...'senget' jawapan tu!
Cik Nur tau Umi sekadar tanya dan mula la dia bagi nasihat panjang-panjang pasal j0d0h ni. Jangan pilih lelaki sebab muka 'hensem'! Jangan pilih lelaki sebab 'pangkat'! Umi pesan...pilih lelaki sebab 'agamanya'...Senang-senang kan, Umi je cari...kan ada satu hadis:

" Apabila 0rang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkan. Sekiranya tidak melakukan akan menimbulkan fitnah dan kerosakan di atas muka bumi"   ~ riwayat ai TirmIdzI~

J0d0h ni kita tak b0leh jangka sebab ALLAH dah tetapkan! mungkin j0d0h kita dengan 0rang yang dah kita kenal atau sebaliknya...Cik Nur percaya, suatu hari nanti atau bila-bila masa je ALLAH akan gerakkan 'hati' Mr.Extra0rdinary Cik Nur supaya 'dekat' dengan Cik Nur...'hati' kita ALLAH yang pegang dan 'cinta' itu lumrah...macam Cinta nabi Adam dan Hawa...
 Apa yang paling penting, kita sebagai hamba-NYA perlu sentiasa bersedia untuk hadapi setiap dugaan hidup. Kalau kita dah jumpa j0d0h kita, tapi kita masih tak bersedia dengan itu la...dengan ini la...Cik Nur rasa semua tu akan menyusahkan hidup kita. Cont0hnya, yang paling penting ILMU...kalau kita NIKAH tapi kita tak cukup ILMU, macam mana nak hadapi HIDUP BERUMAH TANGGA yang akan dipukul 0mbak jua. Lelaki sebagai SUAMI a.k.a KETUA KELUARGA memainkan PERANAN PENTING dalam menc0rakkan ISTERI dan ANAK-ANAK. C0rak yang baik, akan melahirkan keluarga yang BAHAGIA di DUNIA dan AKHIRAT. Itu yang paling penting...dan ingatlah apabila ALLAH uji kita, tanda ALLAH sayang kita...


 Teringat pesanan 's0me0ne' ni...
'Just find ur bf quickly'...' 0nce 0pp0rtunity is c0me, just grab it'...
~ Cik Nur jawab...senang-senang biar 's0me0ne' tu je jadi 'bf' Cik Nur...jawapan 'senget' Cik Nur dah mai dah...hahaha...'s0me0ne' tu tak 'reply' bila Cik Nur jawab macam tu...agaknya tak percaya Cik Nur jawab macam tu..

  ~ Cik Nur believes...s0me0ne is waiting f0r me s0mewhere...s0, st0p searching f0r a prince! I'm tired!

 S0...biarkan J0d0h Cik Nur jadi pers0alan yang sentiasa menari-nari riang di 0tak Cik Nur...;D
ALLAH kan 'sweet'...









Selasa, 18 September 2012

~ Raya dI Mid VaLLey...


Pada 16 September, iaitu 29 Syawal...Cik Nur sambut raya dengan Cik Liza, Cik Za dan Cik Fieza di Mid Valley...nasib baik dah 'minta izin' dengan UMI nak keluar sambut raya k0n0n...

Kami pergi MPH! j0m teng0k buku-buku apa Cik Nur beli..;D


Akhirnya...dapat jua beli  buku ini...m0ga 'my l0ve' juga HIGH CLASS t0 's0me0ne' yang masih 'unkn0wn'...;D

Teng0k tajuk buku macam 'sweet' je...memang sesuai untuk dibaca...'c0ver' pun 'sweet'...


Buku ni memang sesuai untuk Cik Nur k0t...'c0ver' pun 'sweet'...


Buku ni pula rasa macam 'best' je...tertarik dengan tajuk...


Lepas dah pusing-pusing...j0m makan!

Pertama kali makan 'sushi'...ni Cik Liza yang ajar...tak ada la 'spesial' sangat...tapi Ok je...;D


Tapi nasi g0reng Thai ni lagi sedap daripada 'sushi' tu...haha..

Kepada Cik Shasha...jangan jeles dengan kami ye...nanti kita keluar sama-sama ye...kalau tertarik nak baca buku-buku di atas, gitau je pada Cik Nur...0k!

Ahad, 16 September 2012

~ Salam Eidul Fitri...

Akhirnya...Kita berjaya berpuasa selama 6 hari berturut-turut bermula 10 September sehingga 15 September 2012...betul tak Cik Liza??? Ini puasa enam bukan puasa ganti...Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan kami...walau ada satu hari Cik Nur tak sedar! puasa tanpa sahur jawabnya...sabar je la...
 Sebenarnya ada kekeliruan pendapat tentang puasa enam b0leh niat dengan puasa ganti ke???
ada pendapat yang menyatakan b0leh dan ada juga pendapat yang kata tak b0leh! pelik ni?
Cik Nur tak niat ganti...Cik Nur niat puasa sunat...Cik Nur dah tanya My Ukhti...tapi Cik Nur ada terbaca majalah Q&A yang gitau TAK BOLEH NIAT GANTI DAN SUNAT...SEHARUSNYA DIASINGKAN...

Kadang-kadang, bila banyak pendapat ni...Cik Nur pun dah 'blurrr'...tapi ALLAH tahu apa yang kita buat dan apa yang kita niat...kan?

Sabtu, 15 September 2012

St0p sEarchIng f0r a PrIncE!

If I can find y0u...I feel happy...
but it hard t0 me...
s0metimes,
I feel that I f0und y0u!
but it just 0nly my telepathy...
0nly that man!
 like t0 kn0w h0w to calm me...
 like a mature man with his thinker..
 like never give up!
but that man...I need t0 see his transf0rm!
can y0u d0 that???
but d0 it n0t because 0f me...please...because 0f ALLAH!

n0w,
I d0n't kn0w why that man like that???
but I h0pe that man is like my telepathy...
what?
let leave it as my secret!
because I d0n't want t0 kn0w that real answer!

n0w,
let that man and me just a friend...
I still remember his advice t0 me...

I d0n't want t0 think 0f this!
n0w! I 0nly want to put my trUst t0 ALLAH!
s0, st0p searching f0r a PrIncE!
I'm tired 0f this!

~ 0ur heart is h0ld by ALLAH...ALLAH is the best Planner!!!

 I want t0 be a 'g00d' w0man...like in n0vel VERSUS by HLOVATE...
I kn0w it 'hard' t0 change!!! but if n0t try...f0rever...I'll like this!!!
Everyb0dy passes numer0us paths al0ng the r0ad 0f life. There's always a dilemma when it's c0me t0 ch0osing!!!


~ Cinta Sejati Se0rang Ibu


 J0m hayati kisah ini..lupa dah c0py kisah ni di mana...baca ye..kisah KHANSA...;D

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA
Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah s.w.t. kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t.. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah s.w.t. iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah s.w.t. memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah s.w.t..

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,                         
  "Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami. Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair, "Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku." Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah s.w.t., yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

 Kisah ini mengingatkan Cik Nur pada UMi...Inilah sajak 'special' untuk UMI...;D


Umi,
dalam sedihnya
dia mampu tersenyum
dalam gembiranya
dia menangis girang
tanda syukur rezeki dari-Mu.

Umi,
dirimu tak pernah jemu
berdoa menadah tangan
memohon keberkatan
kepada Sang Pencipta agung
supaya anak-anakmu berjaya
di dunia dan akhirat.


2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...