Rabu, 24 April 2013

Penghijrahan:Hijrahlah dengan usrah

hijrah 300x215 Penghijrahan:Hijrahlah dengan usrah“I don’t want to put us in the state where we feel guilty, helpless, and can’t do anything. My main concern regarding following the Prophet’s footsteps in contributing to ummah is really to start with we are responsible and we can make it. We rely in God and we can make it.” – Prof Toriq Ramadhan.
Banyak sekali nasihat lewat ceramah, penulisan, atau teguran langsung menyebabkan kita sedar bahawa sia-sianya hidup kita selama ini, sehingga terasa buntu untuk memulakan langkah baru. Namun, percayalah kesedaran itu merupakah bisikan Allah berupa hidayah-Nya agar kita terus berubah tanpa bertangguh lagi. Kerana boleh jadi itulah ketukan terakhir daripada Allah buat kita menuju ke pintu-Nya. Lihatlah firman Allah ini yang bermaksud :

 “Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul-Nya jika ia menyeru kepada sesuatu yang menghidupkanmu. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah menghalangi seseorang dari hatinya dan sesungguhnya hanya kepadaNya kalian akan dikumpulkan.” (al-Anfaal: 24)

BISIKAN ALLAH ITU CINTA
Teringat saya akan seorang sahabat ketika zaman remajanya yang penuh  dengan jahiliyah. Beliau ketagih bermain games sehinggalah ke subuh hari, suka melepak dan sibuk bercinta  dengan kekasihnya. Namun, suatu ketika tanpa peristiwa yang besar,pintu hatinya diketuk Ilahi untuk kembali kepada-Nya. Kini beliau adalah seseorang yang amat saya kagumi akan agama dan peribadinya. Pada solatnya yang  sentiasa menumpahkan air mata , tidak pernah absen untuk berjemaah di masjid dan solat malamnya, paling santun kepada  kedua ibu bapanya, akrab dengan al-Quran di mana sahaja, dan amat memperhatikan  pergaulan dengan silang jantina. Beliau juga tidak lokek ilmu dan tangannya sangat ringan untuk menghulurkan bantuan dan berkongsi apa sahaja. Benar kata Dr Majdi al-Hilali
: “Termasuk buah yang besar hasil dari manifestasi cinta yang benar adalah tumbuhnya rasa belas kasih dari orang yang mencintai Allah terhadap orang lain. Maka dari itu, anda akan menemukan orang yang mencintai Allah ini selalu berbelas kasih kepada makhluk lain dan bersungguh-sungguh mengajak mereka untuk menyembah Allah.”.

Ya, ia berlaku tanpa sebarang peristiwa besar. Seperti Umar hanya mendengar lima ayat daripada surah Thaha, jiwanya bagai disimbah cahaya cemerlang serta merta. Dengan tanpa tangguh juga, si pemenggal kepala itu merebahkan dahinya sujud menjadi hamba.  Itulah hakikat hidayah Allah, ia adalah anugerah  istimewa yang tidak ternilai harganya. Kerana itu, saat hidayah menyapa hati, jangan biarkan ia berlalu pergi. Mulailah menapak satu langkah ke hadapan dan ia akan pastinya akan disusuli seribu langkah dengan penuh keyakinan. Saya yakin itulah resepi terbesar sahabat saya itu sehinggalah perubahan itu tidak lagi mustahil.
BUKAN MEMBONGKAR KELEMAHAN

Hakikat  tarbiyah bukanlah untuk membongkar segala kelemahan kita, tetapi memperbaiki segala kelemahan  agar ia menjadi kekuatan.. Dan ia tidak berhenti pada pembaikan  diri semata, ia turut mengerah  keringat  untuk memberi manfaat kepada manusia dan mengajak mereka merasai cinta  Allah seperti yang kita sedang rasai. Ingatkah kita tentang firman Allah yang bermaksud :

            “….dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang nereka, lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu..” (ali-Ìmran: 103)

Jom kita imbas sebentar hidup kita yang sudah berlalu. Banyak bukan detik-detik  kita melakukan maksiat demi maksiat, dan dosa demi dosa-dosa?  Lalu Allah serapkan perasaan sangat bersalah dalam diri sehingga  hati kita bermonolog, “Aduh, kenapalah bodoh sangat aku ni buat benda ni!”

 Lalu disusuli perasaan itu dengan istighfar dan taubat. Kemudian selang beberapa ketika kita mengulangi kembali kesalahan yang sama dan perasaan bersalah itu sekali lagi dikurniakan oleh Allah. Ia berulang, berulang, dan berulang. Tetapi wahai diriku dan anda semua, sampai bila kita mahu begini? Kesal, bertaubat lalu mengulanginya lagi. Atau sehingga hilang sudah rasa penyesalan dan terus melakukan maksiat tanpa rasa berdosa lagi. Kerana itu, jangan bertangguh untuk meninggalkan maksiat.. Jangan berat untuk mengatakan pada diri, “Aku tidak akan mengulangi lagi kesalahan ini!”  . Hidup di dunia hanya jarak antara azan dan iqamah. Tidak lama untuk kita masih pegun dalam jahiliyah.

Tekunilah  firman Allah S.W.T penuh sindiran ini :

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras
dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.”
(al-Hadid:16)
 Usrah Mendidik Anak Perempuan Penghijrahan:Hijrahlah dengan usrah
HIJRAH DENGAN USRAH

Jika hijrah Baginda adalah perpindahan geografi, dan itu tidak akan mungkin berlaku lagi. Sekarang, hijrah kita adalah perpindahan nilai peribadi ke arah yang lebih mulia. Sebagaimana Rasulullah begitu teliti dan bersungguh-sungguh merancang hijrahnya, maka begitu juga kita untuk dengan terperincinya merancang hijrah peribadi kita. Dan cukuplah sirah telah membuktikan bahawa usrah adalah sebuah majlis ilmu yang diamalkan Rasulullah di rumah al-Arqam suatu masa dahulu sebagai medan paling berkesan bagi menjamin keberlangsungan hijrah kita.
.

Dengan sahabat-sahabat yang soleh, murabbi yang sentiasa memberikan peringatan dan nasihat, program-program pembangunan iman yang tersusun, dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang penuh bermanfaat, apakah belum terlahirnya jiwa-jiwa baru untuk Islam? Maka, mulai detik sekarang, tiada apa yang anda perlukan selain daripada sebuah usrah yang akan mengubah dunia anda!
Ammar Sahrim

Jumaat, 19 April 2013

~ Saya Giler Buku!


Assalamualaikum...hari ni nak cite pasal buku...

iye! nak tunjuk buku yang Cik Nur beli guna BAUCER BUKU!

hahaha...TQ PM! sebab BAUCER BUKU, Cik Nur dah giler buku...iye!

Aku pun tak tau sejak bila aku minat buku-buku macam ni...haishhh...sekarang dah tahap parah!!!

Pantang teng0k buku...haishhhhhh...t0l0ng!!! hahaha...senget!!!

J0m teng0k buku-buku ini...


wah! maafkan aku sayangku! aku tak sempat nak baca...

        akhirnya!!! aku dapat beli buku 25 Rasul tu...dah lama mengidam nak tau pasal 25 rasul ni.

        tapi tak sempat nak baca lagi...hmm...nanti! aku akan baca...sab0 ye sayangku!

Aku dah baca buku ni! tapi milik kawan aku, aku cari tak jumpa la buku ni...tapi sekarang ada versi baru!
nilah yang versi baru! pesta buku! tunggu! aku serbu cari buku ini!!! harap-harap ada!

Hl0vate...n0vel ni osem sangat! Hl0vate memang bes! ada buku baru nanti...hehe...pesta buku! aku cari buku baru Hl0vate nanti! tajuk lupa da...

Buku ni buat aku tersentap! iye! tajuk tu...syurga itu indah!
Buku ni sebenarnya dalam bahasa Melayu tapi yang asal dalam bahasa Ind0nesia sebab penulisnya Salim A.Fillah...dia memang osem!!! aku suka 'trademark' dia!

Buku ni pun osem...semua buku osem!!!
bila aku serabut 0tak kawan-kawan aku tanya bila nak kawin?
bila nak cari? aku baca buku ni...aku rasa tenang sikit...selesai masalah!

0h sahabatku, nanti aku kawin la...sekarang? aku tak nak kawin lagi...

aku malas nak fikir lagi selagi tak ada lelaki yang b0leh buat aku rasa 'ketenangan'...ok!

0tak aku still jem pasal ni...hahaha...enj0y dulu! enj0y dalam iman ye! aku tau la...



aku giler buku...uh! aku nak buku ni! tapi! itu nanti! aku nak mintak hantaran! haha...sab0 je la...

ok..jumpa lgi di lain tinta....




Ahad, 14 April 2013

Cuti Semingguku!

Assalamualaikum...Rasa tak sedap je kalau tak update ni bl0g ni walau ada bl0g baru! haha.

Assalamualaikum... salam Ahad!
Hari ni dah kembali ke 'kampung'. haha....kerja berlambak! malas! malas! malas!
Nak cerita kisah cuti seminggu la...lama tak update bl0g ni! sejak ada bl0g baru kan? cian bl0g ni.
Ok. Pada hari Khamis, aku bert0lak pergi ke Stesen Bas Pudu dengan kawan baik aku, Cik Siti.Dia akan balik ke Kedah dan aku ke Kuantan. Kalau tak ada teman, aku memang tak pergi sebab tak biasa la pergi stesen bas ni!
Ada kisah 'menarik' bila aku kena 'marah' dengan 'king of my heart' aku  sebab pergi Kuantan! haha. aku pergi dah minta izin dengan 'buah hati'. nanti! aku cerita di bl0g satu lagi.
Di Kuantan, aku berjumpa mamaku sayang dan Udaku sayang. Aku balik ke Kelantan di pagi Ahad dan sepatutnya pagi Isnin, mama aku la cadangkan. Tapi 'king my heart' dah bising! haha. Aku belajar Adobe cs3 dengan Udaku sayang. Fahamlah sikit-sikit daripada aku tak faham langsung! Nak siapkan asignment kalendar katakan! Lepas cuti kena hantar! Patut la rajin.haha. Aku pergi ke Kuantan sebab mamaku nak bagi langsir pada umi. Mana tau langsir tu berguna untuk perkahwinan mak saudaraku nanti. insya Allah. tahun ni akan diadakan majlis perkahwinan yang pertama di rumahku! 0ps! bukan aku yang nikah ye! Mak saudaraku, dia dah lama dah tinggal dengan aku. kerna apa? ada kisah di sebalik itu. rahsia ye! cantik la langsir tu dan masih boleh digunakan lagi!  save bajet tu...
Cuti seminggu tu rasa kejap je. Aku ada la bawa balik buku-buku! kon0n nak buat kerja! tapi! aku tak buat p0n.hehe. malas! biasa la...haha.
Aku nak cerita pasal aku k0l kawan baik aku a.k.a my bff aku! Cik Fazila! Aku kan suka sangat 'bergayut'...haha. ala...kan celc0m ada buat tawaran RM1 b0leh guna nak k0l dan surf internet dalam 12 jam. Aku buat yang tu...haha. Save kredit kan. Aku selalu je buat bila rasa nak k0l kawan-kawan aku. Nak k0l suami tak b0leh la...tak ada n0mb0r.haha. Kalau di UPM, aku buat tu untuk k0l umi! k0l umi! k0l umi! k0l adik di J0h0r! k0l adik di Kedah!
Ok. Nak cerita ni, aku k0l Cik Fazila. wah! tanya la bila nak nikah? aku ni memang busy b0dy! haha..  Dia bagitau aku yang dia akan nikah bulan 11 nanti.insya Allah...kalau tak ada apa-apa rintangan katanya...m0ga ALLAH permudahkan...amin. Ni kira hadiah hari lahir k? besday dia 28 Disember! iye! aku ingat tarikh itu!
Aku mengadulah ramai yang tanya aku bila lagi? Kawan aku ni tahu 'kisah aku'. iye! 'kisah aku' yang menjadikan aku begini dan begitu dengan ''si adam'...hahaha. Kawan aku pesan, bila dah j0d0h kita, akan tiba jua. cewahhh...Terima kasih sahabat! Kamu memang mengerti aku!

 wah! jeles aku! 0ps! aku tumpang gembira! aku 'ugut' dia, kalau kad jemputan tak sampai...aku tak nak pergi! haha. Dia pulak 'ugut' aku, tak datang nak kena 'tarik telinga' ni...hahaha...
aku main-main la...tapi aku kena tanya 'drebar' aku dulu nak pergi sana. 0h drebarku sayang! t0l0ng hantar puterimu ke sana nanti! aku mahu teng0k my bff ni! mesti c0mel! harap-harap jadilah mereka akad nikah pagi, aku nak teng0k...saja nak ambil aura...hehe...impian aku, nak teng0k akad nikah bff aku bila nikah! m0ga ALLAH tunaikan. Kalau tak dapat teng0k dia punyer, aku tunggu my bff yang paling ada 'chemistry' la nikah. My bff aku yang ni dah keje. Keje sebagai MA di HKL. Hari tu baru je jumpa dia di Jalan TAR. Dating di situ pulak jadi daripada di Kelantan walau rumah aku dan dia...dekat je...
Ok. s0rang lagi aku k0l kawan aku ni yang dah nikah masa bulan lima tahun lepas. Sekarang dah mengandung dah...wah! nikmatnya Puan Ibnati! kamu dapat merasai itu! aku jeles! Dia dijangka dapat baby bulan lima nanti. wah! itu kira hadiah hari jadi daripada ALLAH tu. Besday dia  2 Mei! iye! aku masih ingat tarikh itu. S0, aku minta izin la...hehe...nak jadi mak angkat! mak angkat anak dia. iye! panggil aku Umi N....kawan aku izinkan! wah! bahagiaku rasa...nanti aku teng0k dia bila dia dah wujud. M0ga ALLAh mudahkan sahabatku nanti.
Kawan aku yang ni ada tanya. Aku bila lagi? Dia ceritalah ramai la kawan-kawan masa f0rm 5 dah kawin dan akan berkahwin dalam tahun ni. Aku? Macam tak ada s0alan lain k?
'Kamu' minta aku beri jawapan tetapi bila ada frasa 'apapun jawapan,aku tetap aku' buat aku, mahu simpan dulu jawapanku.Nanti aku beritahu.
ok.senyum.jumpa di lain tinta...

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...