Sabtu, 30 Mac 2013

~ Aku keliru

Aku keliru?

Keliru dengan mainan dunia

Keliru dengan cinta si adam

Keliru dengan fatamorgana dunia

Keliru aku dalam dilema

dilema kerna dia

dilema kerna Dia

Untuk apakah keliru ini?

Aku keliru

ingin aku tahu mengapa

apakah semua ini?

Keliru aku lagi

dalam ujana kehidupan duniawi

Aku keliru?

biarkan keliru itu menari-nari

dalam kotak fikiranmu

kerna jawapannya

bila kun fayakun

Sang khaliq untukmu

Kini

aku menanti sebuah jawapan

yang pasti dalam

ujana ilusi aku dan kamu

moga ada kisah kita

di ujana abadi

moga aku dan kamu bersatu

dalam mahligai syurgawi

Andai di dunia

tak ketemui kamu

doaku untukmu hanya satu

angin lalu sampaikan pesanku

moga dia menjadi abid dan khalifah-MU

Aku keliru

tapi aku tunggu kamu!

Khamis, 28 Mac 2013

~ DIAM

Mulutku - diam..
Degup Jantungku - diam..
Hela nafasku - diam..
Gerak nadiku - diam..
Akalku - diam..

Aku - diam..

Aku cuba mencari sesuatu dalam diam..
Aku cuba rasa degup jantungku dalam diam..
Aku cuba mengira hela nafas yang kuhirup dan kuhembus dalam diam..
Aku cuba fahami korelasi gerak nadi dan degup jantungku dalam diam..
Aku cuba terokai akalku dalam diam..

Aku cuba kenali aku dalam diam..

Aku cuba mencari aku..
Aku cuba mencari kamu..

Aku cuba mencari bahagia..

Aku cuba mencari cinta..

Aku cuba mencari DIA..


Mengapa aku masih diam bila dunia mahu aku bersuara ?

Kerana hanyasanya dengan DIAM aku bisa temui SEMUA..

Aku dalam diam,
-Anwar Fazal Abu Bakar-

Jumaat, 22 Mac 2013

Buat pertama kalinya...


Buat pertama kalinya...

aku menjadi imam...

iye! Alhamdulillah...Allah makbulkan d0aku...

serius! rasa debaran...

iye! takut salah! tapi yakin itu ada dalam hatiku!

syukran! usrah aku di k17.

Akhirnya, aku dapat s0lat maghrib berjemaah dan aku menjadi imam semalam di K17 selepas berbuka puasa.

0hhh...aku nantikan imamku yang memang tercipta untukku!

iye! sabarlah duhai hati...

semuanya aturan Sang Khaliq!

'Kamu',aku tunggu 'kamu'.Biar lama,tak mengapa,kerana aku yakin nama 'kamu' sudah tercatit untukku…kasi osem dulu!!!

insya-Allah...akan dipermudahkan...


Jangan pernah putus asa dalam menyebarkan kebaikan & kebenaran.Biar tak ramai yang terima,tak mengapa.Akan tiba masanya.Serahkan padaNya..

Sabtu, 2 Mac 2013

0PSS...

LET'S FOCUS TO BE THE RIGHT WOMAN FIRST B4 U FIND UR MR.EXTRAORDINARY!!! WHEN U STOP SEARCHING 4 UR PRINCE N MAKE ALLAH THE PRINCE OF UR HEART..ALLAH WILL COMPLETE UR FAIRYTALE!!!

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...