Sabtu, 31 Mac 2012

Impian Cinta Abadiku..;D


aku ingin menjadi..
menjadi suri dalam hidupmu..
supaya hubungan kita diredhai-Nya..
menjadi permaisuri hatimu..
supaya hanya aku dihatimu..
menjadi bidadari cintamu..
supaya hanya aku kekasihmu..
menjadi pemilik cintamu..
supaya hanya aku isterimu..
yang sentiasa taat padamu..
menjadi ibu mithali..
supaya menjadi qudwah terbaik
untuk putera puteri kita..

aku ingin menjadi..
menjadi wanita yang paling bahagia..
menjadi wanita yang s0lehah..
bila kita hidup bersama..
sem0ga ALLAH pertemukan kita..

Walau selama mana kita tak bertemu
Walau selama mana kita tak kenal
itulah satu temp0h unik
temp0h perkenalan unik kita
temp0h ujian kita
temp0h kesabaran hati kita
temp0h ketabahan kita
temp0h usaha kita 
untuk kita perbaiki diri..
untuk kita mencari ilmu..
untuk kita mengenal ALLAH..
untuk kita CINTA ALLAH..
supaya kita b0leh menghadapi
dugaan yang datang..

Duhai hati
sabarkan dirimu
usah gelisah..
sabarkan dirinya
usah terburu-buru..
kerana hati kita pasti bersatu jua
pasti bertemu jua
kerana j0d0h itu rahsia ALLAH..
perempuan yang baik 
untuk lelaki yang baik..
Janji ALLAH pasti!!!
hanya masa belum tiba
hanya saat itu belum hadir
kerana belum tiba masanya lagi..

Duhai hati
ingatlah ALLAH
kerana hanya mengingati ALLAH
hati kita menjadi tenang..
j0d0h kita pasti ada
tunggulah masanya..

Ya ALLAH..
jagalah hatiku
jagalah hatinya
mujahadahkan hati kami..
supaya hubungan suci 
antara aku dan dia terjalin
kerana-MU Ya ALLAH..
supaya ikatan suci itu terpelihara
daripada fitnah penduduk bumi..
supaya sentiasa did0akan 
0leh penduduk langit..

Ya ALLAH..
itulah impian cintaku
impian cinta untuk dirinya
impian cinta unuk bersamanya 
hanya untuk dia
untuk dia..
untuk dia..
walau aku tak tahu siapa dia..
walau aku hanya menanti 
penantian itu satu penyeksaan..
aku sabarkan hati
aku tabahkan diri
menanti sebuah takdir indah
pertemuan aku dan dia..;D

Amin..


~special t0 my l0ve frens..CIK HALIZA, CIK SITI, CIK SHASA, CIK HAFIEZAL, CIK WAINA, CIK JANNAH, dan CIK NORHAFIZA..;D

Jumaat, 30 Mac 2012

SaLahkah akU bErcInta??


Semalam ada f0rum salahkah aku bercinta? F0rum ini di k0lej 17,nasib baik disediakan bas untuk ke sana.. kalau tidak..kempunan Cik Nur,Cik Haliza,Cik Siti, Cik Huwaina, Cik Jannah, Cik Shasa dan Cik Hafiezal nak teng0k secara dekat panel f0rum tersebut.. panelnya Ustazah Fatimah Syarha, Dr Farhan Hadi dan Imam Muda Hassan..Best betul tajuk ni kan? haha..semua excited..;D hmm..teng0k gelagat Fatimah Syarha dengan hubby dia, Dr Farhan Hadi..sweet sangat..ni rasa nak kawin ni..hahaha..

     Cinta itu fitrah manusia..sebenarnya cinta sebenar ialah bila kita cinta ALLAH..bila cinta ALLAH,kita tahu apa yang ISLAM ajar dalam mencari PASANGAN HIDUP..kalau kita ikut landasan Islam, hidup kita akan diberkati ALLAH..kita nak bercinta dengan pasangan kita sampai SYURGA kan?? Sebenarnya dalam Islam tidak ada istilah BERCINTA p0n!!! kita je pandai-pandai reka kan? bila suka je..terus bercinta..k0n0n-k0n0n la nak kenal hati budi..aku pernah rasai bila ada je lelaki-lelaki nak berkenalan semasa zaman sek0lah ye..tapi tak ada satu p0n yang faham prinsip aku..sekarang aku dah b0san..sebab 'banyak' sangat k0t semasa zaman sek0lah..s0,zaman sekarang dan terkini dah tak ada kan?? untung laaa..untung tak serabutkan 0tak aku..haha..pandai la..tiba-tiba aku yang risau..nanti aku nak kawin dengan sape?? huhu..bila aku fikir balik..aku sebenarnya tak bersedia lagi nak kawin..huhu..bila fikir balik..sampai bila-bila pon kita sebenarnya tak bersedia..betul tak??



 ~ bercinta secara halal itu halal..bercinta secara haram itu haram..;D
Tetapi aku teng0k zaman sekarang, 0rang yang bercinta ni tak jaga batas pergaulan p0n!! aku hanya mampu mengeluh je..sebenarnya kita perlu bermujahadah..ALLAH akan t0l0ng kita..s0,pay n0w..play later..;D


Bagaimana pilih pasangan?? kerana cantik? kerana keturunan? kerana harta? kerana agama? dan sebaik-baiknya kerana agama..sebab itulah yang akan jadi bekalan untuk ke SYURGA RUMAH TANGGA..sebuah KELUARGA BAHAGIA...;D
sebab kita akan mendidik anak-anak yang bakal mengenal dunia fana..mereka ibarat kain putih dan sebagai ibu bapa, kita akan menc0rakkan acuan itu..kalau acuan baik..maka baiklah mereka dan sebaliknya.. sebagai ibu bapa, kita dambakan anak-anak yang s0leh dan s0lehah supaya mereka b0leh mend0akan kita apabila kita menutup mata..


s0..persediaannya..ROHANI..JASMANI..AKAL..penting tau!!! JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH..pasti ALLAH akan t0l0ng kita..TRUST T) ALLAH!!!
Aku pernah tanya se0rang lelaki ni, nak pesan apa pada aku? dia menjawab..bila aku dah ada bf, bagi tau dia..pesal pulak macam tu kan? aku tanya dia kenapa perlu macam tu? dia jawab supaya dia b0leh tumpang gembira untuk aku..aku p0n pesan pada dia..aku tak mencari se0rang lelaki untuk dijadikan sebagai bf tetapi aku mencari se0rang lelaki untuk dia jadikan aku isterinya..sebab bila lelaki tu dah jadi suami aku, insya Allah aku jaga baik-baik hubungan suci itu..kalau bf,aku tak mampu sebab aku ni banyak pantang larang + aku akan 'gila-gila' ..hahaha..
~ untuk dia, jangan tanya lagi..sebab aku dah bagi jawapan tu..bagi aku, kalau sese0rang lelaki memang sayang aku..memang nak jadikan aku isterinya..teman sehidup semati..dia akan jumpa Umi aku..dia akan jumpa Ab0h aku..sebelum dia dapatkan aku..

~ if u r really l0ve me..if u r really want me as ur wife..
if u r really care ab0ut me.. if u r really like me..
u will meet my umi..u will meet my ab0h..
if u r fail 0f dis..u will never get me!!! 
~ s0..dat is wat i mean 0f  MR.EXTRAORDINARYMAN..
0nly a g00d man dat wh0's kn0w ISLAM..will kn0w wat he sh0uld t0 d0..
  
    Semasa dalam kelas PBK hari tu, Puan Nisah ada sebut pasal kawin muda ni..semua 0rang apa lagi.. ‘semangat’ terutama yang dah ada ‘teman’..beliau ada sebut pasal kawin muda ni penting juga sebab bila kawin lewat, akan dapat anak lambat..maksudnya takkan masa umur kita 45 tahun tetapi anak masih berada di sek0lah rendah..hmm, teringat aku pasal mak cik ni..umurnya dah 46 tahun tetapi anak sulung dia f0rm 2..dia pesan pada aku supaya kawin awal..amiinnn je la ye..;D

kalau My Umi, semasa umur 46 tahun..anak sulung dia 21 tahun dah..kira 0k kan?? S0, aku kena kawin dalam dua tahun lagi kalau nak sama macam umi aku?? Hmm..tak tercapai akalku nak fikir..tapi pape p0n b0leh terjadi bila ALLAH kata KUN FaYAkUN..
walau bagaimana p0n, j0d0h itu rahsia ALLAH..

j0m hayati lagu ini..;D



Sabtu, 24 Mac 2012

Aurat itu perlu dijaga..



 Assalamualaikum..
Pada hari ini Cik Nur nak k0ngsi tentang 'AURAT' terutama kepada g0l0ngan HAWA..
Aurat..apakah maksud AURAT? 

Aurat (Bahasa Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis


adakah aurat itu sekadar perhiasan 
untuk se0rang wanita?
adakah aurat itu sekadar tatapan mata
untuk g0l0ngan ADAM?
adakah sebenarnya g0l0ngan HAWA mengerti
erti sebenar MENUTUP AURAT??
adakah sekadar tahu tetapi buat-buat tak tahu?
kenapa?? kenapa?? 
~ kalau kita mati, apa kita nak jawab bila dis0al?? kita memang tak b0leh jawab sebab angg0ta badan kita yang akan t0l0ng jawab..



 Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31]..

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [An Nur:31]. 

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”. 



Abul A’la al Maududi berkata, “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].




aku cuma pelik dan tertanya- tanya, kenapa g0l0ngan manusia sekarang memandang remeh tentang AURAT?? aku tahu ada juga kawan-kawan aku yang bertudung dalam kelas tetapi di luar kelas sebaliknya.. Aku pun tak faham kenapa mereka macam tu. Aku hanya mampu mengeluh dalam hati je!!!  
aku harap mereka berubah..insya Allah..aku pun tak la 'perfect' sangat..tetapi ada satu kata-kata My Ukhti..bila kita tutup aurat sempurna..insya Allah d0a kita dimakbulkan ALLAH..;D..ayat ini 'sweet' sangat..;D




 Aku teringat kata-kata kawanku..d0sa anak perempuan ditanggung 0leh bapanya..
kalau kita tak tutup aurat,adakah kita nak tambah beban kepada ayah kita?? kalau sayang..jangan!!!
kalau berkahwin pula..adakah nak tambah beban kepada suami kita?? kalau sayang..jangan!!!
~sekadar renungan untuk diri sendiri dan peringatan..;D

 Janganlah jadi anak yang tidak berbakti kepada ayah..
ayah dah cukup banyak berk0rban kepada kita..sayang My Ab0h..;D


 
Janganlah jadi isteri yang tidak menyenangkan suami..jadilah se0rang isteri dan ibu yang s0lehah supaya b0leh jadi 'r0le m0del' kepada anak-anak nanti..sayang My 'Abang'..akan datang ye!!
~janganlah pula ada 0rang cakap aku ni jiwang s0rang ye..suka hati aku..asalkan aku tahu apa yang aku buat..






Ingatlah..dalam hidup ini macam-macam kejadian  yang kita tidak jangka akan berlaku apabila ALLAH kata KUN FAYAKUN..maka akan jadilah!!! jadi, jadilah hamba-NYA yang sentiasa INGATINYA..;D



Rabu, 21 Mac 2012

Buku 0h Buku..;D


Assalamualaikum..untuk pembaca setia bl0g Penerang Hatiku..

Hari ini Cik Nur nak cerita tentang buku-buku yang Cik Nur punya k0leksi. Sebelum itu, terima kasih kepada PM sebab 'baucer buku 1 Malaysia". Cik Nur pun manfaatkan untuk membeli n0vel-n0vel..kan dapat 'free'..;D

Relevankah Aku di Hatimu? yang inilah buku pertama Cik Nur beli untuk terbitan Jemari Seni (JS). Akhirnya, kutemui penerbit yang mementingkan 'islamik' dalam sesebuah karya n0vel. say0nara t0 Alaf 21..;D




  Mencari Taman di Hati..inilah n0vel kedua k0leksi JS yang Cik Nur punya..'sweet' cerita ini..watak her0 'gentleman' dan 'mature' dalam usaha memikat her0in..hmmm..agaknya wujud tak watak her0 dalam cerita ini dengan dunia realiti? entah..n0 k0men!
 Bercinta dengan n0vel lagi besss..;D




K0leksi ketiga untuk terbitan JS. Novel aA+ bB..
Kisah pertemuan se0rang jejaka dan se0rang gadis yang telah kenal sejak sek0lah lagi..mereka ibarat anjing dan kucing setiap kali bertemu. Namun begitu, ada 'cinta' di hati..si jejaka bijak memainkan peranan dalam 'mengikat' hubungan mereka melalui ikatan suci kerana sayangkan si gadis..walau eg0+ keras hati antara mereka..kebahagiaan akhirnya milik mereka jua..sweet l0ve st0ry..;D


Jaja & Din..cinta pandang pertama dengan se0rang Ustaz..;D
tetapi cerita pelik sedikit sebab umpama 'perigi cari timba'..Jaja dah jatuh hati dengan Din walau 'first time' di gambar iklan..Akhirnya dia mencari Din sehinggalah 'lamaran' untuk Din..ternyata j0d0h itu ada di antara mereka sehinggalah Din sanggup menerima Jaja sebagai isterinya setelah dia 'istikharah'..ternyata pilihan Jaja tepat kerana Din telah memberi bimbingan kepadanya untuk menjadi muslimah yang s0lehah.. 
~baru aku tahu bahawa banyak lagi 't0k0h teladan wanita' dalam Islam yang aku tak tahu kisahnya..TQ untuk n0vel ini..;D


Ini merupakan kumpulan cerpen, bukan n0vel..
Nama penulisnya ialah Juwairiah Md.Jamil dan Ini bl0g mereka:   A.Ubaidillah Alias.
http://diariungu.blogspot.com/http://cairostudent.blogspot.com/
 N0vel ini Cik Nur dah ceritakan..apa yang nak disampaikan dalam n0vel ini adalah cinta kepada ALLAH. Apabila kita Ingat ALLAH, ALLAH akan ingat kita..segala yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan aturan dari-Nya.. sebagai manusia, kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH jua yang menentukan..;D



Buku ini hadiah daripada sese0rang yang sangat sayangkan Cik Nur..
TQ t0 My BFF..;D






n0vel ini pula untuk Cik Nur tambah k0leksi buku karya Fatimah Syarha Mohd Noordin, isteri Dr, Farhan Hadi..buku ini tebal + mahal = tak apa..buku ini b0leh disimpan, kalau makanan + t0pup + benda tak berfaedah = habis dah tak b0leh simpan dah..tetapi buku masih b0leh dibaca..;D



Cukuplah buku-buku ini sahaja untuk tatapan 'update' pada hari ini..kalau ada masa, Cik Nur cerita lagi..Ada sebuah buku tu..cukup 'sweet', bukan n0vel cinta ye..lain kali ye..0k..
"Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan pengetahuan"..;D

Jumaat, 16 Mac 2012

LoVE is bEUtIfUL




v Love is beautiful..t0 ALLAH..
v Love is  unique..t0 0ur PARENT..t0 0ur SIBLINGS..
v Love is happy..t0 0URSELF..
v Love is sad..when we'r crying..
v Love is w0rried..when we'r c0nfuse..
v Love is frustrated..when we'r really sad..
v Love is stupid..when we'r d0 stupid things!!!

whatever happen..back t0 basic!!! LOVE TO ALLAH..

There are a l0t 0f statement ab0ut L.O.V.E.
Actually, W.H.A.T is L.O.V.E.??
LOVE is 0ur feeling that ALLAH give freely t0 us.. but we always d0 n0t appreciate it..we’r did n0t thankful t0 ALLAH..WHY?? 

 sekadar renungan untuk diri sendiri..dan anda semua..


 MR atau MiS RIGHT..batas pergaulan tetap perlu dijaga..larangan ALLAH jangan buat nanti hidup tidak diberkati-Nya..




j0m hayati vide0 ini...




 j0m hayati lagu ini..


Rabu, 14 Mac 2012

Kutemui Cinta-Nya


Assalamualaikum..hari ni nak k0ngsi kisah ini..

N0vel ini bukan kisah cinta..tapi elemen cinta tetap ada..CINTA pada PENCIPTA yang UTAMA..n0vel ini menceritakan tentang se0rang pemuda yang bernama Farid. Dia mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya sehingga dia tersasar daripada agamanya. Dia telah berjumpa b0m0h dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Semua itu hanya karut!!! kerana syirikkan ALLAH.. Farid juga tersilap langkah dalam percintaannya kerana terpes0na dengan kecantikan se0rang gadis. Gadis itu ternyata pisau cukur..memang tak setia..Farid telah kecewa dalam percintaannya..ternyata ALLAH dah tunjukkan kecurangan gadis itu di depan matanya..Akhirnya, dia telah berkenalan dengan Akmal, pekerja baru di tempat kerjanya. Akmal telah membawanya berjumpa dengan pengamal perubatan Islam, Ustaz Zuhdi..Farid juga telah menemui penawar penyakitnya dan juga menemui j0d0hnya yang diredhai ALLAH..ternyata pilihan ibunya membawa kebahagiaan..
~ ‘sweet’ sangat cerita ini..teng0k la penulisnya..Dr.Farhan Hadi..isterinya, Fatimah Syarha pun apa kurangnya..Cik Nur suka baca bl0g isteri Dr.Farhan Hadi..terbaik!!! kisah cinta mereka pun ‘sweet’.. 
~ pengajaran dalam n0vel ini:
*      Back t0 BASIC!!!
~ maksudnya, kita perlu taat pada perintah-NYA..apabila kita buat SURUHAN-NYA, kita tak akan TERPENGARUH dengan AJARAN SESAT yang SYIRIKKAN ALLAH…bila kita buat suruhan-Nya..insya Allah..hidup kita akan sentiasa dalam rahmat-Nya..basic!!! agama!!!

*      ALLAH tempat MEMOHON DOA..
~ bila kita berada ‘dilema masalah’, kita patut SOLAT dan BERDOA kepada-NYA supaya HATI kita TENANG..ingat surah 13: 28..;D
~ sebaik-baik pergantungan hanya ALLAH..

*      SABAR…SABAR..
~ dalam hidup ini, kita tak akan lari daripada UJIAN HIDUP..sebenarnya, bila ALLAH UJI kita..itu menunjukkan ALLAH SAYANG kita..DIA nak teng0k kita LULUS atau GAGAL hadapi UJIAN-NYA..jadi, SABAR…SABAR…insya Allah..’ganjaran’ ALLAH pasti!!!

*      J0d0h itu RAHSIA ALLAH..;D 
     ~ bila sebut J.O.D.O.H, semua ‘excited’..haha..aku pun..;D..tetapi..mungkin betul apa yang My Umi pesan kalau dah J.O.D.O.H tak ke mana..tapi tanpa U.S.A.H.A?? sebenarnya, J.O.D.O.H kita telah ditetapkan sejak AZALI lagi..mungkin dia dekat dengan kita..tak p0n dengan 0rang yang kita selalu gaduh..hmm,aku tak gaduh dengan sesiapa ye..tapi setiap 0rang nak yang terbaik..setiap 0rang berhak M.E.M.I.L.I.H..itu tak bermaksud CEREWET!!!  Aku selalu jumpa dengan LELAKI yang bersifat ‘childish’, aku nak jumpa yang ‘mature’..ada tak?? Tapi kadang-kadang aku pelik juga..kadang-kadang, yang ‘childish’ itu sebenarnya ‘mature’ dan yang ‘mature’ itu sebenarnya ‘childish’..kenapa aku buat tafsiran macam itu?? Itu berdasarkan ‘my Research + my Experience’..hmm..aku dah M.A.L.A.S nak buat ‘research’ sebab aku rasa  ‘Mr.Extra0rdinary Man’ tu dah menjawab kepada pers0alan 0tak aku..
     ~s0, my statement still can be use..;D..
Siapa ‘Mr.Extra0rdinary man’ tu..aku p0n tak tahu..Adakah aku yang patut T.U.N.G.G.U atau aku patut jadi ‘PERIGI CARI TIMBA’??  memang Isteri nabi kita yang memulakan dulu tapi aku tak akan sesekali!!! Sebab hati aku kata J.A.N.G.A.N!!! mungkin sebab aku ni anak yang FIRST..0tak aku ni nak ‘man start ask first’..pandai la aku..ada yang lelaki buat macam tu..aku ‘reject’..;D..sebab aku M.E.N.Y.A.M.P.A.H!!! s0, aku nak MINTA MAAF kepada yang ada baca ni..bukan niat aku nak ‘reject’ tapi anda semua tak suka ‘k0nsep’ aku..s0,baik aku ‘reject’!!! kejamkah aku?? Suka hati aku ye..kerana hatiku dipegang-Nya..berkawan itu lebih baik.. mungkin ada yang akan tertawakan aku..ada aku kisah?? Sebab aku suka ayat ni..
~ Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit…

~ ingat surah An Nur ayat 26..;D
" LELAKI yang DATANG kepada PEREMPUAN untuk TUJUAN BERCINTA dan BUKANNYA UNTUK BERKAHWIN.. maka, LELAKI itu adalah FASIQ… Berbeza jika LELAKI itu DATANG UNTUK MELAMAR dan MEMINTA IZIN DENGAN IBU BAPA PEREMPUAN tersebut… maka, LELAKI itu, JAUH LEBIH BERAGAMA dan BERMARUAH…;D

Isnin, 12 Mac 2012

SaBarKah Kita??


SABARkah kita dalam hidup ini?
Berapa kali kita SABAR?
            Dalam kehidupan seharian kita, kita tidak  akan terlepas daripada ujian hidup. Kita akan menghadapi satu saat yang membuatkan kita rasa sangat tertekan. Sebagai pelajar, kita akan hadapi saat itu terutama apabila tugasan tak siap..tugasan tak jumpa bahan..tak b0leh bekerjasama dengan ahli kumpulan dan sebagainya..apabila kita hadapi saat itu, hanya ALLAH yang tahu isi hati kita. Kita akan berada dalam keadaan yang tak tenteram. Betul tak pembaca semua?
Apa yang patut kita buat apabila hadapi saat itu?
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
Kita perlu SABAR..SABAR..SABAR..Cik Nur suka satu ayat ni, ayat 28 surah ke 13 yang membawa maksud, hanya dengan mengingati ALLAH..hati akan menjadi tenang..
Maksud ayat ini menunjukkan bahawa kita perlukan pert0l0ngan dari-Nya. Sebagai hamba-Nya, kita perlu mem0h0n perlindungan-Nya kerana setiap yang berlaku di atas muka bumi ini merupakan dengan izin dari-Nya..Hati kita ini perlukan sesuatu yang kita ibaratkan ‘makanan hati’ supaya kita rasa tenang. Adakah hati  kita akan rasa tenang kalau melakukan perbuatan yang ALLAH larang? Dengarlah lagu penerang hati ye..;D
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. Betul kan? C0nt0hnya, result ujian sem lepas kita jatuh!! Kita akan terfikir silap di mana kan? Itulah yang Cik Nur rasa..rasa macam dah buat yang terbaik tetapi mungkin ada hikmahnya. Jangan di kenang apa yang dah berlaku!!  Hitunglah masa sekarang!!!
Pada hari Sabtu dan Ahad ( 10 dan 11 Mac 2012), cik Nur pergi pr0gram ‘Syahadatul Haq’. Cik Nur cuma nak k0ngsi apa yang hati ni rasa ketika dis0al.. s0alan tu memang cukup terkesan di hati sampai semasa menjawab tu.. ‘titisan air dah mula jatuh dah’.. huhuhu.. sampai tak b0leh nak berkata-kata..ad0iiii..tapi yang besss..games!! games jadi 0rang buta.. ketua akan panggil anak buahnya dengan bunyi yang khas untuk setiap kumpulan..bunyi katak yang dipilih 0leh Kak Aisyah..0ngggg..0ngggg..0nggg..tulah bunyinya..saat tu rasa macam situasi menjadi buta dan perlu mendengar ketua sedang memanggil kita..takut juga kalau tak ‘alert’..Alhamdulillah..berjaya!!!  melalui games ini, kita umpama 0rang buta yang sedang berada dalam kegelapan dan sedang mencari arah cahaya ke arah kebaikan..ketua berperanan sebagai pend0r0ng untuk ke arah itu..
Satu lagi games..cik Nur perlu guna angg0ta badan sahaja untuk sampaikan satu peribahasa, ‘menanam tebu di pinggir bibir’..tak b0leh guna mulut..ad0ii..susah juga ye..tetapi kawan cik Nur perlu hanya guna hati  nak sampaikan peribahasa ‘air yang dicincang tak akan putus’.. susah kan kalau hanya dalam hati dia je yang tahu..semua tak dapat jawab.. maksud games ni,kita perlu kreatif untuk sampaikan sesuatu supaya 0rang lain faham..
Pape p0n, nawaitu kita dalam buat sesuatu itu penting.. SABAR itu perlu..
back t0 basic!!!  All we d0ooo in this w0rld is BECAUSE  0f ALLAH!!!

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
Kadang-kadang, bila kita buat sesuatu  kebaikan atau ada yang rasa kita tunjuk ‘baik’.. mesti ada sahaja manusia-manusia yang tak puas hati..ada yang memerli..hati manusia ni macam-macam la..tetapi ingatlah:

~ Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit...;D

Jumaat, 9 Mac 2012

TAKUT


  TAKUT..
 kadang-kadang kita takut pada diri kita untuk ke arah lebih baik..kadang-kadang kita rasa macam diri kita nak berubah..tetapi memerlukan waktu untuk ke arah itu..mungkin satu saat itu ALLAH akan gerakkan hati kita untuk berubah itu supaya kita berubah kerana-NYA..insya Allah..
   Adakah kita tertanya-tanya, apakah matlamat sebenar hidup kita? adakah kita hanya pentingkan kehidupan di dunia sehingga meninggalkan kehidupan kita yang sebenar..iaitu destinasi ke alam akhirat..dunia ini hanyalah persinggahan sementara menunggu destinasi yang sebenarnya..


A028 
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. 


3 perkara capai kemanisan iman
1. Cintakan Allah dan Rasul melebihi segalanya
2. Sayangkan sahabat lebih dari menyayangi diri sendiri
3. Meninggalkan perkara buruk yang pernah dilakukan

Jumaat, 2 Mac 2012

Kisah Zinnirah


 j0m baca c0nt0h wanita teladan..baru Cik Nur tahu tentang Zinnirah ni..dalam lagu nasyid UNIC ada tajuknya 'Zinnirah'..

Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

            Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

            Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

            Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

            Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

            "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.
           
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Saidina Abu Bakar telah membelinya dengan harga yang tinggi..Akhirnya dia bebas..

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...