Selasa, 26 Jun 2012

~ Say0nara t0 sEm 4


Alhamdulillah...Akhirnya sem 4 dah berakhir... ada suka..ada duka..ada pahit..ada manis..antara aku dengan dia...kamu...anda...dan semua sahabatku di UPM..sesungguhnya sem 4 ada banyak 'event' PELIK dalam hidup Cik Nur..apa ye? biarlah rahsia..hmm..Cik Nur cuma mampu tersenyum..;D
nampaknya Mr.Extra0rdinary tak muncul lagi dalam hidup Cik Nur untuk sem ini..
mungkin akan tiba masanya nanti..j0d0h kan rahsia Allah...
bagi Cik Nur, 'c0uple' tu 'LOW CLASS' !!! Cik Nur nak ' HIGH CLASS' !!!

~ I'M GLAD T0 BE ME EVEN IT'S HARD TO ME..;D

m0ga dua sem lagi Cik Nur dapat mengharungi dugaan dunia...g0daan dunia...dengan lebih tabah...dengan lebih sabar...insya Allah...setiap yang berlaku dalam hidup kita merupakan aturan Allah..Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu mengharunginya..

“ Allah tidak membebani sese0rang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
~ Surah Al- Baqarah : ayat 286 ~

jom dengar lagu ni sempena 'say0nara' untuk sem 4..;D
kalau ada j0d0h..kita akan jupa lagi..insya Allah..


 

Isnin, 25 Jun 2012

~ PrEsidEn MEsIr yang barU

 J0m kenali pemimpin hebat ini..bila pemimpin hebat! rakyat hebat! Sem0ga semangat ini terasa auranya di MALAYSIA..insya Allah..;D

 Kenali Dr. Mohd. Mursi (calon IM utk Presiden Mesir):

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.



~ c0py paste d fb..;D

 KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan

Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.


Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.


Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.


Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.


Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.

Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.


Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang di buat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.


~ c0py paste ni..dalam akhbar 0nline..untuk tatapan pembaca bl0g Cik Nur..;D


 ~ rakyat Mesir Sujud kepada-Nya..;D


Ahad, 24 Jun 2012

~ PEsaNan UntUk WANITA


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
  • Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
  • Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
  • Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
  • Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
  1. Orang yang gemuk tapi kurus
  2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
  3. Orang yang alim tapi jahil
  • Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
  • Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
  • Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
  • Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  • Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  • Ingat kepada Allah SWT
  • Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  • Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
    Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
  • Mengekalkan malu pada suaminya.
  • Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya.
  • Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  • Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  • Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  • Memuliakan keluarga suaminya.
  • Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  • Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
~ c0py paste fr0m  http://www.penulissenja.com/2011/11/24-peringatan-untuk-wanita/


Ada satu hadis tu pasal wanita ni b0leh jadi fitnah kepada lelaki..
 “Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi SAW bersabda: ”Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa Bani Israel adalah disebabkan wanita”. (HR Muslim)

Kadang-kadang Cik Nur PELIK dengan kawan-kawan Cik Nur sendiri. C0nt0h, 'mesra' dengan lelaki..atau 'mesra' dengan perempuan..tak nak kena 'fitnah' atau lebih tepat kena 'g0sip' 0leh sebab-sebab tertentu macam selalu nampak bersama ke...makan berdua ke..tu antara sebab b0leh terjadi FITNAH..tapi kita ni tak sedar kan??? Kita sememangnya tak suka dengan FITNAH 0rang lain kepada kita tetapi PERBUATAN kita dah JELAS membuatkan orang lain akan SALAH FAHAM..KENAPA kita tak sedar??? elakkan semua ini sahabat-sahabatku!!!  Jagalah BATAS PERGAULAN antara LELAKI dan PEREMPUAN..REDHA ILAHI MATLAMAT KITA..;D


Wahai WANITA..ingatlah..Cik Nur sayang anda semua...;D
Mudahnya WANITA dapat GANJARAN SYURGA seandainya FAHAM erti sebenar ISLAM..;D

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

~ copy paste fr0m  http://www.penulissenja.com/2011/12/mudahnya-wanita-mendapat-pahala-dan-syurga/

Sabtu, 23 Jun 2012

~ C0rEtan Untuk Dia..;D


Pesanan dari kami (wanita) untuk kalian yang bergelar lelaki..;D

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah..


~ c0py paste fr0m wanwma.com~

Jikalau minat akan seseorang, cepat-cepatlah jumpa ibu bapanya menyatakan cinta anda pada anaknya. Baru Sweet kan? Cik Nur rasa macam tu baru 'gentleman' kan..;D
 ~ Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

~ Doaku..m0ga ALLAH makbulkan..

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu.

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu.
Seorang lelaki yang mempunyai hati sungguh mencintai dan haus akan Engkau
dan memiliki keinginan untuk mentauladani sifat-sifat Agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang lelaki yang mempunyai hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika di sebelahnya.
Seorang lelaki yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta .
Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat seorang lelaki itu bangga
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu bukan dari luar diriku
Berikan aku tangan-Mu sehingga aku selalu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku dapat melihat
banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja
Berikanlah aku mulut-Mu yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan
"Betapa besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku seorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.
Amin...
~ kerana dirimu..aku cuba hidup dalam 'pelik'..aku tak kisah lelaki label aku 's0mb0ng' sebab aku tahu apa yang aku buat..hidup pelik itu 'sweet'..;D 
~ SABAR menanti Mr.Extra0rdInary..;D

 "Jαtuh cintα itu fitrαh...Ingin bercintα itu fitrαh...
Ingin dicintαi itu fitrαh...Jikα fitrαh itu dibαwα dengαn αlirαn yαng betul, iα muliα..
Jikα diαlir dengαn αlirαn yαng sαlαh, iα hinα.." 
-[ Ustaz Azhar Idrus ♥ ]

Jumaat, 22 Jun 2012

~ RahsIa AmaLan Menjadi Wanita S0Lehah

 
 
Amalan-amalan itu ialah:
1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2-cita menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Isnin, 18 Jun 2012

~ Israk MikraJ...


j0m hayati kisah istimewa sempena bulan REJAB..fardunya SOLAT kepada kita..;D

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail :
“Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :
“Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah:
“Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).”
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail :
“Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.Kata Jibrail:
“Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.”
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
“Itulah orang yang makan riba”
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:
“Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain”
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:
“Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya”
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:
“Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.  Kata Jibrail:
“Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail:
“Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail:
“Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail:
“Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:
“Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama:
Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
 Langit Kedua:
Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
Langit Ketiga:
Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
Langit Keempat: 
Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
Langit Kelima:
Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam:
Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: 
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.  Nabi Ibrahim A. S. bersabda kepada Rasulullah S. A. W:
“Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.
Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda,
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:
Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.
Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga Kesepuluh
Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah :
Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
 Allah S. W. T :
Aku ambilmu sebagai kekasih.
Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. Kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.
(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

~ c0py paste fr0m  http://wanwma.com/agama/yang-perlu-anda-tahu-tentang-israk-mikraj/

Ahad, 17 Jun 2012

~ DOA Anak S0Leh




Sebagai se0rang ANAK, kita rasa kita sudah BERBAKTI kepada IBU BAPA kita??? Kita rasa bila dapat masuk UNIVERSITI…dapat KERJA BAGUS…ada RUMAH BESAR…KERETA MEWAh…
ADAKAH ITU SUDAH CUKUP MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA KITA??? Memang tu MEMBAHAGIAKAN! Tapi itu SEKADAR DI DUNIA!!! Tapi kita sebenarnya BODOH ILMU AGAMA bila HANYA KEJAR ILMU DUNIA…
Pernahkah kita terfikir, bila IBU BAPA kita MATI…APA PERANAN kita sebagai ANAK???
Siapa yang sepatutnya MANDIKAN JENAZAH ibu bapa kita???
Siapa yang selayaknya SEMBAHYANGKAN ibu bapa kita???
Siapa yang seharusnya KUBURKAN jenazah ibu bapa kita???
Siapa yang selayak-layaknya SEDEKAHKAN BACAAN AL QURAN???
~ kita sebenarnya 0RANG YANG PALING LAYAK!!! Renungan untuk diri aku sendiri…aku rasa betapa b0d0hnya diri aku bila bicara ilmu agama…
Nabi tak pernah ajar kita terlambat…;)
Tak salah belajar ilmu dunia…yang salah tak belajar ilmu agama…ilmu dunia ibarat untuk senang di dunia tapi ilmu agama untuk senang di akhirat.. sEimbangkan dunia..lebihkan akhirat itu yang utama!

Kata Imam Syafie:
“Siapa nak kesenangan dalam dunia kena ada ilmu dalam diri…siapa nak senang akhirat kena ada ilmu…”

j0m hayati vide0 ini..;D

Selasa, 12 Jun 2012

~ In m00d Exam...

GOOD LUCK!!! als0 GOOD LUCK TO ALL MY FRENS IN UPM...;D

 FINAL EXAM dah bermula!!!
walau aku tahu aku tak habis baca lagi semua subjek...aku rasa bertuah sangat bila hari ini, Umi k0l aku sebelum aku jawab exam tadi...sayang umi..m0ga 'spirit' akan datang dalam diri Cik Nur ye...
~ Usaha tangga kejayaan...tapi ingat!!! kita perlu USAHA...DOA...TAWAKAL...iNGAT ALLAH!!!

Isnin, 11 Jun 2012

~Sebuah PertEmUan..

  Tiba-tiba je sel-sel di 0tak menari riang mencipta buah fikiran supaya jari - jemari Cik Nur rancak menaip sehingga dapat menghasilkan tinta ini…

Sebuah Pertemuan

Takdir  unik
menemukan si jejaka riang
dan si gadis manis…
                         
S0pan teguran si jejaka
tanda sebuah perkenalan
tetapi si gadis
sekadar membalas isyarat mata…

Terciptalah perkenalan
antara mereka
walau gerak hati si gadis
sering sangsi
sering berbisik
Ikhlaskah dia???
Ternyata sekeping nalurinya tepat!

Beribu kemaafan di p0h0n
oleh si pesalah
walau gunung berapi
melanda hati si gadis…

Namun,
 dia cepat tersedar
Masih ada secebis kebaikan
dalam k0tak mem0ri
terhadap dirinya…

Cerita  ini
belum berakhir begitu…

Bab  sindir – menyindir
sering berlaku di ujana
setiap pertemuan unik…

Sebuah pertemuan
mencipta beribu pers0alan
demi pers0alan
walau k0tak jawapan k0s0ng!
walau amaran merah si gadis!
si jejaka asyik memekak telinga
sehingga si gadis
memuntahkan lava merah!

Itulah sebuah pertemuan
warna- warni sang pelangi
ada hujan
ada panas
di ujana ukhwah
Mencipta kebun mem0ri
suka duka…

Sudah menjadi adat
setiap pertemuan
ada perpisahan
Moga ukhwah persahabatan ini
sentiasa dalam untaian-Nya…
Moga ukhwah persahabatan ini
tetap berkekalan
sehingga akhir hayat…;D

~ 25 Mei 2012~ sodiqi fil jannah..insya Allah...


 One more time : Through friends, we never walk alone........

Jumaat, 8 Jun 2012

~ MeNangIsLah...;(

MENANGISLAH DI DUNIA... Sebelum air mata kita tidak berguna lagi DI AKHIRAT!!!

Rabu, 6 Jun 2012

~ Mis My Kanak-Kanak RibEna

   
 Assalamualaikum...Sekarang 'STUDY WEEK'..semua kawan dah balik KAMPUNG...
huhuhuhu..jelesss!!! Tapi apa b0leh buat, Cik Nur tak b0leh balik..adik Cik Nur yang duk UTM pun tak balik..adik Cik Nur yang s0rang tu baru je daftar ke matrik di Kedah..Kalau balik,mereka ni tak ada..TAK BES!!! hahahaha..ada dua lagi sedang bertarung untuk SPM dan PMR..malas nak kacau mereka..biar mereka study dengan aman...iye la tu..haha..
   Jadi, Sabar je la mengharungi hidup sepanjang ' STUDY WEEK'..nama kan CUTI UNTUK BELAJAR, jadi...SILA BELAJAR UNTUK FINAL EXAM!!!

 Tiba-tiba RINDU my kanak-kanak Ribena..haha..j0m la layan gambar ni..;D



 Ni My Sayang..Muhammad Al Fitri..paling nakal..paling c0mel..lahir pada malam raya puasa tau..biasanya terlebih cerdik..memang p0m!! dia je betul! tapi dia memang bijak! ajar je apa sahaja,dia akan ingat..hahaha..terbaik!

~ Al0ng mis Yie a.k.a Adik a.k.a Abe Tih ( nama panggilan budak ni )..;D




Ni My her0 n0 3..panggil Abe Chik je..budak ni,agaknya bila lepas baca buku terus koyak kertas..agaknya yang k0yak tu kira dah khatam dia baca..selalu buat sampah je!!! penat! haishhh...yang perempuan tu Kak Su Nina, perempuan paling b0ngsu yang manja! haishhh...hahaha..


 ni My her0 n0 2 a.k.a Abe Ngah dan My her0 n0 1 a.k.a Abe Nik...paling nakal..tapi yang n0 2 kreatif 0tak dia bab baiki membaiki..nanti b0leh belajar dengan Ab0h pasal 'wiyering' ye..k0nfem b0leh ikut jejak langkah Ab0h..yang tu Al0ng s0k0ng..;D


comel.....


mis u all...wait f0r me 0n July..0k..;D



Selasa, 5 Jun 2012

~JauLah ke JOHOR



‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’
~ nanti Cik Nur update..bingkisan istimewa Jaulah Cik Nur ke Johor pada hari Sabtu dan Ahad,iaitu pada  2 dan 3 Jun...

Jumaat, 1 Jun 2012

~ Fadilat SURAH AL MULK



Salam JUMAAT yang penuh bar0kah untuk pembaca setia bl0g Cik Nur…
Kita akan mener0kai SURAH AL MULK..yang bermaksud KUASA PEMERINTAHAN ( KERAJAAN )..Surah ini merupakan surah yang ke-67 di dalam AL QURAN dan ada 30 ayat..sikit je..
Di antara kandungannya ialah tentang kekuasaan mutlak ALLAH sebagai PENCIPTA YANG AGUNG..yang menguasai seluruh alam…Seluruh ala mini telah diciptakan begitu indah..memang ‘perfect’..dalam surah ini, ada dinyatakan tentang mereka yang kufur pada PERINTAH ALLAH akan dapat BALASAN AZAB PEDIH!!!

FADILAT PENTING surah ini..;D
Diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’I dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

~ “ Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan member syafaat kepada 0rang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan d0sanya, iaitu SURAH AL MULK’’.

Daripada Ibnu Abbas r.a, se0rang sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan yang dia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu,terdengar 0rang MEMBACA SURAH AL MULK sehingga khatam..lalu menemui baginda untuk bertanya mengenai peristiwa ini. Baginda bersabda:

“ Itulah yang MENAHAN ( Al Maa’nah) dan MENYELAMATKAN ( Al Manjiah) dia dari SIKSA KUBUR..~ hadis riwayat At Tarmizi ~

Pesanan Ikhlas Cik Nur…

Surah ni PENDEK je kan? 30 AYAT SAHAJA!
~Kalau NOVEL b0leh habis baca..tak kan surah pendek ni tak b0leh nak baca…betul tak?
~Kalau duk ‘ONLINE’ b0leh..tak kan 30 AYAT  ni tak b0leh habiskan…betul tak? 
 ~SEKEJAP JE.. tapi INGAT!!! Dapat PAHALA ‘FREE’ tau…b0leh ‘TOPUP DOSA’ tau…kita kan SELALU BUAT DOSA TANPA SEDAR…

Kalau tak silap Cik Nur, lupa dah terbaca di mana..ni pasal SAIDINA UMAR yang selalu baca SURAH AL MULK PADA SETIAP MALAM…kalau dia TERLUPA nak baca,dia akan GANDAKAN surah ni ikut bilangan malam yang dia terlupa nak baca…WOW! Teng0k! memang terbaik!!! Surah ini SANGAT PENTING kan??? Jadi, sama-samalah kita amalkan PADA SETIAP MALAM…insya Allah..ALLAH BERKATI HIDUP KITA…

Cik Nur tertarik nak k0ngsi dengan anda semua pasal ayat n0 6 dan n0 7 surah ni..iaitu pasal BALASAN NERAKA kepada yang INGKAR PERINTAH ALLAH…kita se0lah-0lah DICAMPAK dengan DAHSYAT ke dalam NERAKA sehingga KEDENGARAN PEKIKAN-PEKIKAN SUARA YANG DICAMPAK KE SANA…SUARA MEMEKIK DENGAN BISING!!! Tu tandanya…kita???
~ TEPUK DADA,TANYA IMAN KITA..APA KHABAR IMANKU HARI NI??? MOGA SENTIASA DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN INGAT ALLAH..

S0, What??? ASK URSELF! SENYUM SAMPAI LANGIT…;D


2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...