Selasa, 2 Jun 2020

2019 Penuh Cerita Duka

2019.

Cerita duka
Cerita derita
Cerita air mata.
Akukah yang bersalah???
Maafkan diri ini...

Moga setiap untaian air mata yang jatuh ini ada bahagianya nanti.

Rabu, 20 September 2017

Be Qowiy!

Be qowiy Sensei!
Never give up in your life! Stay strong! 

Masa Merubah Segalanya.



Assalamualaikum...

Dah dua tahun berlalu, sekejap je masa berlalu. Alhamdulillah, blog Cik Nur masih wujud. Cik Nur sibuk agaknya. Dalam dua tahun ni bermacam kisah suka duka dilalui. Apa yang berlaku agaknya? Biarlah rahsia bak kata lagu Dato Siti Nurhaliza. Cik Nur masih bekerja di sini walaupun ada suara-suara yang masih nak Cik Nur cari pekerjaan lain. Entah, Cik Nur dah cuba tetapi tiada rezeki. Mungkin rezeki Cik Nur masih di sini, dekat dengan ibu bapa. Alhamdulillah. Jodoh? Ok, yang itu pun biarlah rahsia juga. Allah lebih tahu perancangan-Nya terhadap diriku. Redha dengan apa yang berlaku. Ok! Sis qowiy! Ada impian yang harus Cik Nur kejar! Moga berjaya! Wish me luck!

Put your trust to Allah, everything will be fine... :)

Rabu, 8 Julai 2015

Ujian DIA...

Alhamdulillah...

Masih diberi nikmat hidup... syukur hanya pada DIA...

UJIAN itu pasti datang... untuk menguji kita...
nape ujian tu berat untukku?

sekali fail! dua kali fail! tiga kali fail!

rasa putus asa!!!

0k. Allah nak uji aku... tolong SABAR duhai hati...

Muhasabah diri...mungkin aku ada banyak dosa. Ok! dosaku memang banyak!

Jom audit diri!!!

Jom kejar Lailatul Qadar!

Ramadhan bakal meninggalkan kita... andai ini Ramadhanku yang terakhir...

Mari menjadi hamba!!! hamba ALLAH! 

Khamis, 18 Jun 2015

Salam Ramadan!

Salam Ramadan!

Semoga Ramadan kali ni lebih ohsemmmmmmmmmm!!!

Jom audit diri!

Jom jadi hamba ALLAH!

Bukan hamba MANUSIA!

Jom perbaiki diri di bulan yang mulia ini...

Salam Ramadan...mohon maaf di atas segala khilaf...

Khamis, 16 April 2015

Erti Hidup?

Erti Hidup?
Apa matlamat hidup kita?
Bila kita fikir secara mendalamnya...erti hidup kita di dunia hanya sementara. Hidup ni kan umpama pentas lakonan semata-mata. Erti hidup kita yang sebenar hanyalah di sana...

Bagaimana hidup kita di sana nanti???
 Allah!!!
hati ini selalu mengeluh dengan dugaan ujian-Mu...
moga hatiku sabar... ohhhhhhhh anakanda!!!

Ya Robb...rahmatiku....

Isnin, 6 April 2015

Mr. Jodoh?

Mr. Jodoh, awak kat mana? kahkahkahkah... Sesuai tak tajuk ni?

Sering disapa angin persoalan bila nak kawin? Diriku merungut sendiri. Haishhhh...Kawan yang tu dah kawin. Kawan yang ni dah kawin. Dua orang my bff zaman sekolah dah dapat baby. Dua-dua baby girl. Comel sangat.  Tak ada soalan lain ke? Aku bosan soalan ni. Penting ke untuk diriku menjawab persoalan ini. Di mana Mr. Jodoh? Satu persoalan yang aku sendiri tak pasti bila!!!Sejak habis belajar, aku cuma doa satu je tentang ini. Aku doa supaya jangan ada lagi lelaki yang nak berkenalan dengan aku!!! Aku bosan! Aku cuma nak jumpa seorang lelaki yang nak jadikan aku sebagai isteri...Kalau sekarang aku jaga pergaulan aku, tak kira la alam maya atau tak alam maya... Aku harap jodoh aku pun jaga pergaulan tu... I'm really hope about this...

Lagi??? Jodoh itu rahsia...mungkin jodoh tu dekat dengan kita...Maybe...orang yang kita kenal...Maybe jugak!!! orang yang kita tak kenal... Serahkan saja pada DIA. DIA lebih tahu apa yang terbaik!!!

I'm waiting for kun faya kun!!!

May ALLAH bless me always... ALLAH menguji hatiku...

~ dah dah berlalu biarkan berlalu...past tetap past!!!

Selasa, 24 Februari 2015

Nikmat Kesihatan

Salam...
Hmm, lama tak update blog ni, aku rasa rindu! haha. Bila aku stress, aku mesti teringatkan blog ni.
Aku tengah stress eh? uhhh...aku stress dengan my anakanda 5A!!! Ok. sebelum tu, tajuk ni nikmat kesihatan...pesal pulak dengan stress ni? Saja selingan kot. Allah uji lagi aku dengan selsema dan batuk. Aku rasa naik angin bila ada yang tak buat homework aku! Jahat tak aku? Aku cuma tegur je. Tapi nada suara dan reaksi mukaku...perghhh! bad mood! perghhh!
     Oh my anakanda, plis be nice to me. Aku update cerita aku mengenali mereka dalam weChat. Aku saja nak mereka tahu perasaan aku bila berhadapan dengan kelas mereka. Aku start dengan zaman form 4 mereka dan macam mana penglipur lara tu tercetus. Bila aku tak update, ada yang tanya bila nak update? hehe. Ada yang baca eh? ada banat yang baca, nak menangis....touching sangat ke? entah... Tak semua yang tahu weChat aku. hihi. Malas aku nak semua tahu. Pening aku dengan my students...cukup la Fb sebagai penghubung di alam maya. Bagi aku privacy sikit. Ok! stop cerita pasal ni.
Nikmat kesihatan aku Allah nak uji...rasa penat...tabahkan hati. Aku perlukan seminggu untuk sembuh kot. huhu. Sakit...penghapus dosa...moga Allah permudahkan urusanku...

~ Boleh tak jangan tanya aku pasal kahwin? aku bosan...sejak jadi guru kelas, sejak mengajar form 5, dan jadi guru PSS. aku bz...huhu. aku tak sempat baca novel...huhu. bila tak baca novel, aku semakin melupakan perkataan 'perkahwinan'...pesal ye? Umi aku asyik tanya...huhu. aku tak ada jawapan. soriii! I'm not a good woman...maybe...

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...