Sabtu, 3 November 2012

~ JauLah Perkahwinan


"Tidak Akan Ada Dua Cinta Di Dalam Satu Hati, Oleh itu Pilihlah Salah Satu Daripada Dua Cinta Tersebut; Sama ada Cintakan Allah Yang Kekal Abadi Atau Cintakan Dunia Yang Hanya Sementara Waktu Sahaja.."



P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N

  Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Cik Nur telah pergi jaulah ke JOHOR...ni semasa sem lepas tau..untuk pernikahan Ukhti Aisyah..

Rasa bersyukur sangat...ALHAMDULILLAH...

sebab rasa macam impian jadi kenyataan...

Impian Cik Nur nak menghadiri majlis pernikahan...merasai suasana tu...

Sebelum ni, memang ada sepupu Cik Nur dah nikah...Tapi! tak dapat pergi sebab saya kena jaga adik-adik!
Saya kan anak sulung..cian tau! 0pss...pergi makan je la..hmmmm..tak bes tau!

Apa b0leh buat...jadilah 0hsem ye..J0m...teng0k gambar yang 0hsem...

Akhirnya...dapat pergi ke JOHOR...Alhamdulillah...

Selepas pengisian pasal GHULAM...dapat makan ais krim...yummmmmyyyyyyyy...

Inilah masjid yang kami tunaikan s0lat...0hsem sangat masjid ni...


  0hsem...kan? sebab dalam tu ada klinik yang di wakaf...


Ni semasa sesi membantu...Cik Nur ambil part gubahan..cantik tak?

Tak cantik tak pe...Cik Nur puas hati dengan kerja ni dengan Ukhti Khaty...

Dah lama dah tak buat gubahan ni..Last buat gubahan semasa darjah 6..masa tu ada pertandingan gubahan, lepas UPSR..Cik Nur menang tau! 

Akhirnya...Cik Nur dah tau macam mana majlis khatam Quran semasa pernikahan...Alhamdulillah...akan dibuat di majlis pernikahan sendiri dan adik-adik...
insya Allah...;D

Barang-barang hantaran...cantik tau..wah! bila la nak nikah ni?

Tiba-tiba rasa nak bermimpi jap...bila dah sampai masanya, ada Mr.OSEM gitau:

Sudikah jadi permaisuri dalam hidup saya? jadi ibu kepada anak-anak kita nanti?

wah! ohsemnya...saya akan jawab...jumpa la ibubapa saya...

OK! dah habis bermimpi...telepati je tu...huhu..sabar je la...saat itu akan muncul seandainya memang kita akan jumpa j0d0h kita...

wah! ni barang hantaran yang 'sweet'..nak! nanti la...nak mintak dengan Mr.OSEM...

  0psss...Mr.OSEM dalam mimpi je la kan? 

Adik Cik Nur selalu je suh cari Mr.0sem...mentang-mentang saya dah 'F.I.N.A.L Y.E.A.R'! apa? ingat cari lelaki ni senang k?

Memang la senang..tapi tak ada yang 0hsem!

Bukan memilih! tapi! tak ada sape yang 0hsem a.k.a mr.brave..haha..

Trend zaman kini...HANTARAN MAHAL!
~ cian tau pada si lelaki! jangan la jual anak! nak menunujuk la k0n0n...kalau KAYA tapi AGAMA k0s0ng! b0leh lempar dalam laut sebab AGAMA itu PENTING..kalau macam ni la sikap ibubapa yang meterialistik, k0nfem la tak ada lelaki nak masuk meminang...
kan ada satu hadis:

 “Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

Untuk Adam...

 ~ "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

Jadi, jangan nak perasan nak amal POLIGAMI kalau tak adil. Mon0gami dah la..hanya se0rang!

~ Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat"

 
Kelebihan Kahwin Awal 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)

Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.”
(H.R. Thabrani)
 
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)  

Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku.” – (H.R. Bukhari dan Muslim)
Wah! besnya nikah awal...dalam mimpi je la ye Cik Nur...


Saya akan selalu berd0a m0ga Mr.OSEM saya muncul depan saya...

jumpa saya? tak! jumpa Umi dan Ab0h saya...tapi! bagus tak jumpa sekarang sebab saya masih dalam m00d 'belajar'...dan 'belajar'..dan 'belajar'!!!

Kalau jumpa sekarang...rasanya mertua 'reject' sebab 'fail' bab memasak ni..haha..

Kalau jumpa sekarang...belum tentu j0d0h kita kan? bersama-samalah kita menjadi HAMBA ALLAH yang OSEM...kita akan jumpa bila ALLAH dah tetapkan tarikh tu..bila?

ala...buat tanya plk! dah dicatat di Luh Manfuz tau! 

0pss...lupa la...0k...kita jumpa nanti...insya Allah...m0ga sampai syurga,,,;)



Mem0ri Jaulah yang sentiasa di hati...mem0ri terindah...TQ. BULATAN CINTA OSEM!

Pilihlah satu antara mimpi-mimpimu itu untuk menjadi penghuni syurga dan bertemu Allah di sana. Kerana hanya itu satu mimpi yang akan mengatasi kesemua mimpi palsu dunia. 
Hanya satu mimpi di hati. 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri
(13 : 11 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...