Selasa, 11 Jun 2013

Engkau Yang Mengaku Ditarbiyyah

Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,

Apakah erti tarbiyyah?
Andai tidak menyentuh hati untuk khusyuk
Andai tidak merangsang lidah untuk berkata yang baik
Andai tidak menggerakkan anggota untuk beramal.

Apakah erti tarbiyyah?
Jika mulut lantang berbicara
Tangan hebat mengangkat pena
Tetapi amalmu?
Entah ke mana.

Apakah erti tarbiyyah?
Jika niatmu serong
Sekadar berangan kosong
Allah bukan lagu ghayahmu.

Apakah erti tarbiyyah?
jika kamu saling mengecam
Antara satu sama lain?
sedangkan,
matlamat kita satu.

Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,
sampai bila mahu tidur dalam jaga?

Ingatlah sahabatku,
Syaitanirrojim itu,
Hebat mengatur langkahmu.
Menghias futurmu.
Disangkakan banyak amalanmu,
Dirasakan banyak sumbanganmu,
difirkan 'aku yang betul'
tapi sebenarnya
'tempang' di medan jihad?

Sedang ALLAH,
paling tahu apa yang engkau kerjakan.

Ayuhlah beristighfar,
Tatkala kita bangga mengatakan
Kita mengikut jalan tarbiyyah
Tapi zahirnya tidak mencerminkan apa pun!

Asaklah hati untuk lembut mengingati-Nya
Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak bermanfaat
Tangkaslah kaki dan tangan untuk maju bergerak.

Kerana,
kalau diri sendiri tidak mahu,
Datanglah seribu Murabbi Super Saiya sekalipun,
Engkau takkan mampu berubah
Selagi kau tidak mula berubah!



0leh: The Wayfarer :

c0py paste dari IKRAM SISWA UNIMAS

“Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah”

 [Moga Allah bersama dalam perjalanan kita seterusnya, insya Allah]

~ diriku tersentapppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sila ISTIQAMAH HATIIIIIIIIIIIII.........

0kei???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...