Khamis, 23 Februari 2012

My First...

Assalamualaikum semua..
hari ni Cik Nur nak k0ngsi permulaan cerpen yang 'terpaksa' kena buat sebab Nisah Haji Har0n suruh..
mungkin ini merupakan salah satu assignment untuk kelas Penglahiran Bakat Kreatif..;D
Cik Nur tak taw la bes tak cerita ni..idea sp0ntan je..j0m baca..harap-harap tak perlu disambung..;D


~Dia Sudah Tiada Lagi….
“Apa? Datuk kemalangan? ”
Khabar  berita itu benar-benar mengejutkan aku yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Umi yang memberitahuku bahawa datuk telah dimasukkan ke hospital sejak pagi tadi selepas waktu Subuh ketika dalam perjalanan pulang dari masjid. Degupan jantungku cukup kencang apabila mendengar khabar tersebut. Kenapa semua ini boleh terjadi padanya? Bagaimana semua ini terjadi? Aku masih tertanya-tanya. Aku juga berdoa supaya datukku dalam keadaan yang baik.
Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di halaman rumah. Mungkin itu kereta ayah. Aku membuat andaian sendiri. Ayahku baru pulang dari hospital melawat datuk.
“ Bagaimana keadaannya? ” pertanyaan umi kepada ayah membuatkan aku ingin tahu keadaan datuk walaupun aku penat. Aku dihimpit kerisauan setelah mendengar berita kemalangannya. Sebelum sempat ayah menjawab pertanyaan umi, tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Nada dering lagu Allahu daripada lagu nasyid kumpulan Raihan kedengaran.
Aku dan umi memandang tepat pada reaksi wajah ayah setelah selesai dia menjawab panggilan itu. Reaksi yang cukup menimbulkan seribu persoalan di mindaku. Aku tertanya-tanya siapa agaknya yang menelefon ayah itu.
“ Keadaan datuk masih kritikal kerana cedera parah. Dia sudah sedarkan diri tetapi masih lagi dalam pemerhatian doktor. Ini kerana lukanya agak parah dan perlu tinggal di hospital sehingga doktor memberi keizinan untuk pulang ke rumah.”
Ayah menerangkan segalanya kepadaku dan umi.

2 ulasan:

  1. wah, mmg advance la cik Nadia kita ni. baru je siap mlm td sekarang dh post. (klu Pn Nisah bca komen org ni msti org kna marah cz xeja btol2)

    BalasPadam

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...