Sabtu, 23 Jun 2012

~ C0rEtan Untuk Dia..;D


Pesanan dari kami (wanita) untuk kalian yang bergelar lelaki..;D

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah..


~ c0py paste fr0m wanwma.com~

Jikalau minat akan seseorang, cepat-cepatlah jumpa ibu bapanya menyatakan cinta anda pada anaknya. Baru Sweet kan? Cik Nur rasa macam tu baru 'gentleman' kan..;D
 ~ Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

~ Doaku..m0ga ALLAH makbulkan..

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu.

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu.
Seorang lelaki yang mempunyai hati sungguh mencintai dan haus akan Engkau
dan memiliki keinginan untuk mentauladani sifat-sifat Agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang lelaki yang mempunyai hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika di sebelahnya.
Seorang lelaki yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta .
Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat seorang lelaki itu bangga
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu bukan dari luar diriku
Berikan aku tangan-Mu sehingga aku selalu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku dapat melihat
banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja
Berikanlah aku mulut-Mu yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan
"Betapa besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku seorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.
Amin...
~ kerana dirimu..aku cuba hidup dalam 'pelik'..aku tak kisah lelaki label aku 's0mb0ng' sebab aku tahu apa yang aku buat..hidup pelik itu 'sweet'..;D 
~ SABAR menanti Mr.Extra0rdInary..;D

 "Jαtuh cintα itu fitrαh...Ingin bercintα itu fitrαh...
Ingin dicintαi itu fitrαh...Jikα fitrαh itu dibαwα dengαn αlirαn yαng betul, iα muliα..
Jikα diαlir dengαn αlirαn yαng sαlαh, iα hinα.." 
-[ Ustaz Azhar Idrus ♥ ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...