Isnin, 27 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436H!


Alhamdulillah…Tahun  1436H dah muncul!
Semoga 1435H yang dah berlalu tak akan berulang lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih. Apa impian aku? Apa matlamat aku? Doakan semoga aku terus tabah di destinasi persinggahan ni. Semoga kita sentiasa dalam rahmat DIA. Inshaa Allah.

Destinasi 25? I’m scaryyy… entah. Kehidupan ni ada suka duka. Siapa kita nak menolak dugaan yang datang? DIA bagi ujian sebab DIA tahu kita mampu hadapinya. Duhai hati, bersyukurlah dengan ujian DIA walau aku rasa perit. Dua bulan aku tunggu, finally it’s fail to get it! I’m frust! Nak nangis!!! Why I can’t get it? That’s my dream for this year! Hmmm, Allah tak nak sweet in my life for this year? I’m bad to you? Hmmm… I know that I’m not a good abid. Be a good muslimah? Pray for me. Istiqamah!!! 

Oktober, dah 10 sebulan aku jadi cikgu yang tak ada kelulusan. Nasib baik ni sekolah agama swasta. Aku harus bersyukur sebab Allah makbulkan doaku. Aku selalu doa, nak tempat kerja tak ramai lelaki. Jahat tak aku doa macam tu? Aku malas la tempat ada ramai lelaki, aku cuma nak jumpa lelaki yang memang jodoh aku je. Aku dah bosan bila si Adam nak berkenalan dengan aku! Uhhh! Sakit jiwa! Nape mereka tengok luaran aku? Tak penting! I’m not perfect! Tempat  kerja sekarang memang macam idaman aku. Tapi lelaki memang ramai, tak kisah sangat sebab mereka tu my students. Alhamdulillah. Aku akui gaji tu tak ada la banyak sangat, tapi aku harus bersyukur sebab sekolah ni tak ada la jauh sangat. Apa yang penting, rahmat DIA sentiasa ada di sini. Keberkatan dalam pekerjaan tu paling penting. My students selalu kata, “jangan pindah, selalu tak lama cikgu baru di sekolah ni. Semua asyik pindah.”  Oh my students, aku tak tahu takdir aku selepas ni. Aku tak nampak lagi masa depan aku. Aku menanti suami aku yang aturkan untuk aku. Tu pun kalau umur aku masih panjang untuk jumpa dia. Doakan aku jumpa dia. Aku tahu my students doakan aku. TQ!

My Jodoh? Nape aku tak jumpa tahun ni? Haishhh. Aku ni memang fail bab ni. Tengok sahabat-sahabat dah bina masjid dan ada tu dah ada anak… Aku jeles! Ok. Tu rezeki mereka. Kadang-kadang tengok fb buat aku stress! Baik aku buka tweet je. Teringat tentang si dia ni. Nape aku selalu lari bila nampak dia? Aku selalu tertanya. Ok. Aku segan kot. Untuk si dia, sorry… always give you a trouble. I’m not a good junior to you, kan? I’m sorry. TQ for everthing that you’ve did to me. Hmmm… Ada sahabat cakap aku memilih? Macam mana aku nak terangkan? urusan hati urusan DIA. DIA tahu waktu yang sesuai untuk aku dan si dia bersatu.  My Umi selalu kata ikut sunnah Nabi kawin umur 25! 0psss! no komen. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku akui aku bosan bila semua tanya pasal ni. Aku rasa macam nak je jodoh aku datang, bagi aku cincin sebagai tanda. So, aku boleh bagitau, aku dah berpunya! Tak ada la orang nak jodohkan aku dengan sesiapa. Ok! Please leave me alone about this. Allah masih nak rahsiakan si dia. I believe one day, I’ll meet him. Inshaa Allah…selagi nyawa belum ditarik si Izrail.

Ok. My dream for this year? Biarlah rahsia. Destinasi 25 yang penuh dugaan. Alhamdulillah. Aku boleh sambung kontrak. Nape aku perlu mengajar form 5 next year? Haishhh. Ikatan aku dengan budak form 4 this year ni memang kuat sangat. Kan? Ok. I’m promise to myself, I’ll teach the best than this year. Fuhhh! nasib baik la BM untuk form 5 tuh. Kalau Sejarah? memang nak meraunggg!  Oh my students, TQ terima aku sebagai guru antum walaupun aku agak kekok dengan situasi ni. Next year! aku tahu akan ada students yang frust sebab aku tak mengajar mereka. Ada jugak yang akan bersorak sebab aku mengajar mereka next year.  Oh penglipur lara! You’ll meet me next year! Please be careful! This time, I’ll push you all to success!!! Doakan aku. kadang-kadang aku tertanya, aku ni sporting ke? Ada student komen, aku nak marah tak menjadi. Haha. Sebab waktu tu aku tak rasa nak marah pun. Nak gelak ada la. Haha. macam-macam la mereka.

~ Semoga tahun baharu lebih indah untuk aku. Doakan. Semoga aku sentiasa belajar dan belajar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...