Jumaat, 2 Disember 2011

~Dalam Hatinya HaNya 'DIA' Yang Tahu ~

Dia berusaha tabah di hadapan manusia bukan kerana mahu mendapat pujian.. 
Tapi kerana dia tidak mahu mengumpil simpati...
Dia tidak mengadu kepada semua orang, bukan kerana dia ego menahan sendiri..
Tapi dia tahu, apa yang sedang dilaluinya hanyalah ujian dari-Nya..
Apabila menghadap Tuhan Yang Esa..air matanya mencurah-curah mengadu dan memohon kekuatan untuk menempuh segalanya...setiap yang berlaku ada hikmahnya..
walaupun dia hampir berputus-asa dengan semua itu...ada yang menjadi tunjang kekuatannya..
abi dan umi di rumah..
Kerana wajah kasih mereka yang terbit di ingatan..merupakan kekuatannya..
Dia mesti tabah untuk meneruskan perjuangan...
Dia mesti tamatkan apa yang telah dia mulakan...
walau kadang kala sering berendam air mata dengan pelbagai ragam manusia di sekeliling..
walau harus menjaga hubungan dengan penciptanya..dan menjaga pergaulan sesama manusia serta di alam maya sekalipun...
Siapa yang tahu isi hatinya yang sebenar-benarnya? Hanyalah 'DIA'!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...