Khamis, 28 Mac 2013

~ DIAM

Mulutku - diam..
Degup Jantungku - diam..
Hela nafasku - diam..
Gerak nadiku - diam..
Akalku - diam..

Aku - diam..

Aku cuba mencari sesuatu dalam diam..
Aku cuba rasa degup jantungku dalam diam..
Aku cuba mengira hela nafas yang kuhirup dan kuhembus dalam diam..
Aku cuba fahami korelasi gerak nadi dan degup jantungku dalam diam..
Aku cuba terokai akalku dalam diam..

Aku cuba kenali aku dalam diam..

Aku cuba mencari aku..
Aku cuba mencari kamu..

Aku cuba mencari bahagia..

Aku cuba mencari cinta..

Aku cuba mencari DIA..


Mengapa aku masih diam bila dunia mahu aku bersuara ?

Kerana hanyasanya dengan DIAM aku bisa temui SEMUA..

Aku dalam diam,
-Anwar Fazal Abu Bakar-

1 ulasan:

  1. smangat bc. ingatkan nadia tulis. aisy,,, ble nk wat sjk sdiri ni. hehe :D u can do it la nadia :)

    BalasPadam

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...