Rabu, 8 Januari 2014

~ SMI 0h SMI!


SMI 0h SMI? Apa tu SMI? Tu nama femes tempat saya kerja. SMI ni bawah NGO yang namanya IKRAM. Setiap negeri ada NGO ni tau! senget 0takkk la sape tak tau pasal NGO ni! Nape saya rasa macam banyak perkara pelik saya kena buat di SMI ni.

 Firstly, pasal tudung tu. Punya la susah nak cari tudung dah siap! Saya cari di Pasar Kota Jembal je. Malas nak pergi KB memandangkan peneman-peneman setia tak ada. Makanya carilah di pasar itu. Susah juga nak mencarinya. Cari situ tak jumpa, cari sana tak jumpa. Alhamdulillah ada la jugak yang menjualnya. Tapi jual kain yang dah siap dipotong untuk buat tudung tu. Tudung dah siap ada, tapi...saiz macam kain solat je. Besar kot dengan saya. Memang besar p0m! haishhh...Masalah betol la kena jahit sendiri!!! Saya beli empat kain tu, warna hitam, coklat, hijau dan krim. Warna pink tu Kak Sya bagi hadiah. s0, kerja saya bertambah la ye jadi tukang jahit tudung bulat tak bertauliah. Sebenarnya boleh je hantar ke rumah Kak Na yang tukang jahit tu. Tapi! sebab hari tu masa zaman form 6, bagi la dia jahit tudung...tapi tak menjadi la macam tu. Tak nak dia jahit! 0k. Jahit sendiri la. Jahit guna tangan saya? memang la. Jahit dengan tangan dah la sebab mana ada mesin jahit. Saya kan pandai bab macam ni walau rasa macam senget je buat semua niii. 0k. fine! in my mind, kalu saya yang jahit....saya akan lebih menghargai tudung-tudung ini. Alahaiii...lima tudung kena jahit ni? Tudung ni tak bes sebenarnya, tak menjadi saya pakai...asyik kena betulkan tudung je saya rasa. Dah la saya ni pemalas nak lipat tudung!!! buat tak tau je la...huhuhu.

Lagi nak cerita pasal my students! 0k. Saya ni Mu'alimah ( cikgu perempuan ). Saya kena mengajar subjek BM, Sejarah dan PJK. Subjek BM untuk form 2 (2A n 2B), Sejarah ( 1A, 1B, 3B, 4S dan 4A ) serta PJK ( 2B dan 4A). Kalau nak tau sekolah ni ada 10 kelas je. Setiap form ada dua je. Sekolah ni swasta! Kalau nak tau, my students ni anak orang berada!!! Apa saya nak kata ye? subjek SEJARAH! Pesal la saya dapat subjek ni 5 KELAS? alahaiii. Kena studyyyyy ni! Dah la ada PBS! jemmm otak? ok. fine! nak saya busy la ni ehhh? saya nak sangat jadi busyyyyy. Sekarang, Allah dah makbulkan doa saya. Tak bersyukur ka Cik Nur? 0k! fine! 0hhh n0!!! banyak la mind map saya kena buat pasal SEJARAH ni! My students! antum main mind map la ye dengan Mu'alimah ni...dan main present! hahahaha...jahat tak? senget tak?

Kalau nak tau, form 1 dan form 2 aje asing bani ( boys) dan banat (girls). Form 3, form 4 dan form 5 tu campur la ye. Nak cite pasal kelas 2B. Firstly, masuk main ta'aruf je la ye. 2B? makanya semua boy ye. Mereka tau la saya ni cikgu baharu. So, saya bagi tau la nak tanya apa pasal saya. Macam-macam dia tanya. Ada tanya, um0 18 ka? um0 20 ka? wahhh! muda la saya kalau macam tu. hahaha. :P Mereka ni bising dan cakap banyak. Macam-macam gelaran ada dalam kelas ni. Saya tanya nak belajar tak? tak nak! entah macam mana dia tanya saya pasal lagu. 0hhh! ada la sorang budak ni kata jom nyanyi. Saya nak habiskan masa...hehehe. 0k! Mu'alimah nak dengar la antum nyanyi. hahaha. Dia orang buat bet0l!!! kalau nak tau mereka ni memang pernah buat persembahan untuk event p0m! bes la suara mereka. Masa first tu di hadapan kelas tu, ada la dalam lima orang nyanyi lagu nasyid. Lepas tu, masing-masing duduk di tempat duduk...masa tu la ramai yang nyanyi. Bes sangat! hahaha.sampai bilik sebelah dengar dan lepas bilik sebelah tu bilik guru... ada la seorang ni, tanya saya kumpulan nasyid yang saya minat. Saya sebut UNIC! wahhh! dia minat jugak siap bagi tau ada lagu baru UNIC. Saya tak tau p0m pasal ni. Nape tanya? Nak nyanyi lagi ke? hahaha...Lepas habis kelas, bagi tau sahabat-sahabat di bilik guru. Dia orang gitau...kelas saya la tadi yang nyanyi ehhh? hahaha...Saya dapat gelaran Mu'alimah cute daripada budak 2B! hahaha...nanti Mu'alimah bagi main futsal ehhh? tapi PBS tetap ada ye! PJK satu waktu je dalam seminggu.

Sekolah ni bermula pukul 8 dan berakhir dalam 3 lebihhh...Setiap pagi akan ada tahfiz. Wah! osem la mereka hafal. Teringin jugak...0psss! lupa kena hafal juz amma! maka, bila saya nak start ye? wajib tu! cikgu p0m kena hafal jugak! it's ok. Last, nak cite pasal sorang girl ni. Dia macam kategori istimewa tapi nampak normal. Saya mengajar Sejarah untuk kelas dia. Semua cikgu pesan, jangan rapat sangat dengan dia dan jangan bagi no f0n. Kalu tak bahaya!!! dia akan selalu kacauuu!!! Ada satu hari tu, saya tunggu My Aboh la. Dia tanya saya la dah kawin? dah tunang? siap dia check tangan saya lagi. Tak jumpa benda yang dia cari di tangan saya, dia nak cari dalam beg saya pulak! alahaiiii. nasib baik dia dengar cakap saya. Ada tu nak peluk la...rasa macam nak lari je nampak dia!!! hahahaha. nasib baik dia girl je. Dia ada la sebut nama  cikgu yang dia sayang kannn. Saya pom termasuk la ye? haishhhh. blurrr jap. Macam-macam la SMI! Tapi I love this environment. Islamik! Entah berapa lama saya bekerja di sini. Tengok aje takdir yang Allah potretkan untuk saya...setakat ini la dulu ye. Nak je taip panjanggg. haha.

~ SMI 0h SMI...TQ ALLAH! Alhamdulillah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...