Sabtu, 4 Januari 2014

~ Say0nara 2013!

Assalamualaikum...Rasa macam lama je tak update. Bzzz...penattt...banyak hal kena setelll!!! Banyak jugak kena membaca!!! Alahaiii...ok! saja nak senget untuk hari ni memandangkan bb ni dah t0pup untuk hantar email adik, makanya kena la guna...kalu tak rugi...hahaha. Ok, nak say0nara kepada 2013!  UPM, say0nara kepada sahabat-sahabat perjuangan! kalu ada jodoh jumpa lagi! Inshaa Allah...I'll always miss our mem0ries ye?  

Apa agaknya yang bes dan tak bes 2013 ye? 2013, tahun last saya jadi pelajar UPM ye? hooreyyy!!! macam la saya ni rajin sangat, kan? sebab saya ni pemalas, buat pe nak sambung...kan? My Ab0h suh sambung! tapi saya seperti biasa buat ikut suka hati saya la. Malas! Sambung Master tu untuk orang yang rajin bukan orang yang 'pandai' macam saya. haha. Saya ni pandai ke? Kalu tak pandai tak masuk U, kan? Lupa, saya pernah buat solat Istikharah dan saya tak nampak pom pasal sambung ni.

Ada hikmahnya tau...sebab Allah permudahkan rezeki saya! Saya dapat menjadi mu'alimah di SMIA! 
Kejutan budaya? tak ada la sangat, cuma kena pakai tudung macam budak sekolah agama tu saya terpaksa la pakai sebab tu memang WAJIB untuk guru di sekolah rendah atau menengah di bawah Pendidikan Aman! Saya tak suka pakai sebab rasa macam muda je pakai macam tu. haha. My Umi pon gitau macam tu. Pakai masa dalam sekolah dah la ye? Hmmm, ada pelajar saya tanya, umo saya ni 18 ka? 20 ka? haha... nak gelak boleh? dan ada jugak ingat saya ni pelajar baharu! nasib baik la pakai baju kurung... Alhamdulillah..sekolah tu pentingkan didikan agama. Pelajar di sekolah ni ramai la anak orang kaya.. Sekolah ni ada asrama tapi jauh sikit dari sekolah. Kalau nak tau, ada pelajar dari Gua Musang dan luar dari Kelantan jugak. Saya tertanya, apa yang luar biasanya sekolah ni ye?

Pada setiap hari Khamis, akan ada bacaan Mathurat dan solat Dhuha. Kalau nak tau yang ni ada dalam jadual waktu tau! Usrah pon ada dalam jadual waktu. Osemnya pasal usrah ni, pelajar form 4 dan form 5 yang akan handle untuk form 1, form 2 dan form 3. Biso sek dio. Untuk cikgu pulak bab lain. Semasa waktu rehat pulak, pelajar-pelajar beratur untuk ambil nasi dan air mereka. Macam asrama la pulak buat mcam tu. Itulah rutin harian mereka di kantin. Kalau nak makan selain nasi tu, beli di koperasi ye sebab di kantin hanya menu nasi. Pelik kan? Lagi apa ye? sebab saya ni baru jumpa macam ni, saya rasa pelik. hehe. Lagi pasal makanan kena tanda. Kalau nasi tu harga RM3, makanya perlu bayar RM1.50 sebab apa pulak saya pom tak faham. Untuk cikgu pom macam tu cuma cikgu ada bilik khas la ye. Bagi saya, ni la permulaan 2014 yang osem!

Apa yang tak bes dalam 2013 ye? saya dah tutup kes semua kan? 6 Disember 2013? Saya dah malas nak tanya...walau saya tak puas hati...tapi dah asyik macam tu je. Saya dah bosan! Saya dah penat! Sayonara je la ye? Lagi? Mr.Stalker? Saya harap yang saya komen macam tu kira dia faham sendiri la...pasal dia ni kan, ada la beberapa orang sahabat saya nak jodohkan saya dengan dia. Tapi saya ni ada masalah otak sikit bila saya nampak dia hisap rokok dan ada la part yang saya tak suka. Ok! fine! dah case closed la ye Mr.Stalker? malas saya ambil tau...bosan! penat! Untuk 2014, tak boleh ke saya nak jumpa si Adam yang hormat saya selagi saya ni tak jadi milik dia. Susah sangat ka? Nak jumpa Mr.Extra0rdinary p0m susah ka? Kalau ada j0d0h, tak ke mana kan? Penat saya fikir pasal ni! tapi kalau saya tak fikir, saya kena fikir jugak! saya tak nak kawin lambat! Apa saya nak kata pasal ni ye? Hmm, kalau ada jodoh tu kira jumpa la tahun ni dan kalau tak ada next year pulak jawabnya. Saya tak suka ayat perigi cari timba! Mr.Tweet selalu pesan! So, nak ikut nasihat dia.

~ 2014, plis be nice t0 me...ok?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...