Selasa, 3 Januari 2012

~ISTIKHARAH..;D



Apa itu Istikharah?? Hmm..semalam,aku,Fiza Azzma,Haliza dan Waina pergi jalan-jalan cari ketenangan di Bukit Eksp0.. Lepas dah b0san keliling tempat tu..ambil gambar..lepas tu,kami buat sesi ‘usrah’ sikit..hehehe..;D
Hmm..mesti pasal ‘JODOH’..kalu dah j0d0h..tak ke mana..ayat ‘trademark’ aku.. tapi kali ni bes..pasal ‘ISTIKHARAH’..aku rasa aku ni berkawan dan rapat dengan kawan aku yang masih single..bagus kan? Kawan tu kadang-kadang mempengaruhi kita..s0..hati-hati..;D..aku rasa single tu lebih bagus daripada kapel..tapi kadang-kadang, aku terfikir jgkkk..sapelah My Mr.Right..hmmm..dah lari t0pik ni..pasal ISTIKHARAH ni, kawan aku cerita pasal buku yang dia baca..se0rang perempuan tu buat s0lat Istikharah,nampak se0rang lelaki tu..tapi dia tak kenal pon lelaki tu..tak pernah jumpa pun..yang pasti itu adalah j0d0hnya..hebat kan? Pelik bin ajaib kan? Hmm..sebenarnya,cikgu aku ada cerita pasal Istikharah ni..cikgu aku cerita pasal anak saudara dia kalu tak silap aku..dia buat s0lat Istikharah..tapi nampak kaki je kalu tak silap aku..dah lama dah dengar..masa aku f4 k f5 lagi..lepas tu,kebetulan masa tu macam dia perlu berjumpa cal0n pilihan ibu bapanya..s0,pergilah berjumpa..dia teng0k kaki je terus gitaw sama macam yang dia nampak..w0w!! amazing!!
Mungkin semua tu hanya untuk g0l0ngan yang terpilih..aku? aku tak berani lagi nak buat..sebab aku takut lelaki yang akan muncul tu aku dah kenal..bila dah bersedia..aku buat ye..;D..
s0, buat apa nak sibuk cari kan? Sebab janji ALLAH itu pasti..kita perlu cari DIA sebelum dia..;D
bercinta lepas kahwin itu lebih indah kan? Sama macam My Inspirasi Fatimah Syarha..beliau punyerr kisah cinta memang sweeeettt.. kan bes kalau ada lelaki macam suaminya..;D..tapi zaman sekarang, bila kapel je kec0h..Umi aku selalu pesan, kalu bercinta lama-lama..kalu tak jadi..buat malu je pergi sana sini macam 0rang dah kahwin.. zaman sekarang jadi ‘trend’ kan macam tu??  Umi aku ada cerita pasal kawan dia yang bercinta dengan 0rang lain..bertunang dengan 0rang lain..dan kahwin juga dengan 0rang lain..aku rasa tiap tahun mesti ada lelaki nak muncul dalam hidup aku…aku sebenarnya takut nak terima kehadiran se0rang lelaki dalam hati aku sebab aku tak rasa lelaki tu benar-benar serius..aku rasa berkawan tu lebih baik kan? Aku  bukan tak nak bagi peluang..tapi..entah la..agaknya mereka bukan j0d0h aku k0t..;D..
Agaknya 2012 ni aku b0leh jumpa sape-sape tak???    
ni aku ambil dari http://pmram-manhal.blogspot.com/2011/09/solat-istikharah-kelebihan-dan-hukumnya.html..j0m baca..;D
Istikharah bermaksud : memohon dan meminta yang terbaik.
Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala. 
 Firman Allah taala : “dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki, bagi manusia tidak ada pilihan (kecuali ianya adalah daripada pilihan dan ketentuan Allah)..” (al-Qasas : 68)
Daripada Sa’ad bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Daripada kebahagiaan seseorang anak Adam adalah mereka yan sentiasa beristikharah kepada Allah taala, daripada kebahagiaan anak Adam juga adalah mereka yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah baginya. Adapun daripada kecelakaan anak Adam adalah meninggalkan beristikharah kepada Allah taala, dan daripada kecelakaan anak Adam juga adalah tidak berpuas hati dengan setiap ketentuan Allah baginya”. (Riwayat Imam Tarmizi)
Sebagaimana daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang mendatangi ahli nujum dan bomoh lalu mempercayainya setiap apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya telah kufurlah dia dengan apa yang telah diturunkan oleh Muhammad s.a.w.” (Riwayat Imam Ahmad)
WAKTU BERISTIKHARAH
Istikharah dilakukan untuk memohon Allah taala menunjukkan kita jalan samada ingin melakukan seuatu perekara atau meninggalkannya. Namun kebiasaan daripada masyarakat kita hanya melakukan Istikharah hanya ketika terdapat pertembungan antara dua perkara samada ingin memilih “A” ataupun “B”. Sedangkan walaupun tiada pertembungan, Istikharah masih perlu dilakukan sebagaimana gesaan Rasulullah kepada para sahabat sebagaimana hadith-hadith yang dinyataka sebelum ini walaupun perkara tersebut amatlah remeh.
Masa yang paling sesuai untuk melakukan Solat Istikharah sebagaimana pendaat ulama’ adalah ketika waktu Sahur kerana ianya adalah waktu yang paling afdhal dari sudut diterimanya sesuatu amalan dan doa kita.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Allah taala akan turun tiap-tiap hari kelangit dunia ketika mana 1/3 malam terakhir (waktu sahur), lalu Allah taala menyeru kepada makhluk-makhluk Nya : Sesiapa yang memohon doa kepadaku maka akan aku perkenankan doanya, sesiapa yang mengharapkan sesuatu disisiku maka akan aku berikannya, dan sesiapa yang meminta ampun daripadaku maka akan aku ampunkannya”.  (Riwayat Imam Muslim)

ADAB_ADAB BERISTIKHARAH
1. Hendaklah kepada setiap mereka yang melakukan Istikharah kepada Allah taala mengosongkan hatinya daripada mengikut hawa nafsu dalam pilihannya.
2. Mestilah menyerahkan sepenuh pilihannya kepada pilihan Allah taala, janganlah ada sedikit pun pergantungan kepada perkara-perkara lain melainkan hanya sebagai asbab musabbab dan wasilah sahaja dalam menyampaikan hajatnya.
3. Hendaklah sentiasa redha kepada Allah dengan setiap apa yang telah ditaqdirkan untuknya kerana setiap perkara itu pasti ada hikmah dan rahsia.
4. Sentiasa merasakan hasil daripada istikharah itu adalah bimbingan Allah taala kepada hambanya dalam memperbaiki diri dan mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.
5. Mestilah ketika beristikharah kepada Allah taala dengan hati yang penuh sedar, yaqin dan thiqah (percaya)bahawa Allah akan memaqbulkan setiap pilihan dan memberi kita yang terbaik dalam hidup.
Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata : “Sesungguhnya pada hati-hati manusia ada kesedaran, setengahnya merupakan kesedaran bagi setengah yang lainnya, maka apabila kamu memohon sesuatu daripada Allah maka pohonlah kepada-Nya dengan yakin bahawa Allah akan kabulkannya, maka sesungguhnya  Allah tidak akan memaqbulkan bagi seorang hamba pada doanya dalam keadaan hatinya yang lalai (tidak sedar dan yaqin dengan pemberian Allah)”. 
(Riwayat Imam Ahmad)

Firman Allah taala : “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah : 216)
~nak tahu lebih lanjut sila ke link yang ada..ni sikit je..;D

2 ulasan:

  1. hai cik nadia... sama la kita, takut nak buat istikharah pasal jodoh ni. insyaAllah, janji Allah tu pasti.

    BalasPadam
  2. memang la cik Liza..janji Allah itu indah..hanya yang benar-benar mengerti..merebut peluang itu..m0ga kita sama-sama berusaha untuk capainya..insya Allah..;D

    BalasPadam

2019 Penuh Cerita Duka

2019. Cerita duka Cerita derita Cerita air mata. Akukah yang bersalah??? Maafkan diri ini... Moga setiap untaian air mata yang jatu...